Table of Contents Table of Contents
Previous Page  89 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 89 / 180 Next Page
Page Background

59

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

mengukuhkan program pendidikan jarak jauh (PJJ) sedia ada;

memperluaskan kemasukan pelajar secara

open entry

atau kemasukan terbuka di

IPTS yang menawarkan kursus secara

on-line;

dan

menggalakkan IPTSmelaksana kursus pengajian baru yangmenepati keperluan tenaga

manusia semasa negara.

o

Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat:

meningkatkan peluang pembelajaran lanjutan berbentuk latihan dalam

perkhidmatan dan latihan semula terutamanya yang berbentuk

hands-on;

mewujudkan peluang pembelajaran akademik lanjutan meliputi peringkat diploma,

ijazah dan ijazah lanjutan melalui program PJJ dan secara sambilan;

menyediakan syarat kemasukan ke IPTS yang lebih terbuka dan fleksibel melalui

sistem pemindahan kredit dari IPTS ke IPTS lain serta IPTS bukan bertaraf universiti ke

kolej universiti, kampus cawangan universiti luar negara dan universiti swasta; dan

memperluaskan kemasukan pelajar melalui

“open entry”

.

Kualiti Pendidikan Tinggi Swasta

CAP IPTS memastikan semua kursus pengajian yang ditawarkan di IPTS berkualiti dan berupaya

mendapat pengiktirafan antarabangsa. Ini bagi memastikan graduan yang dilahirkan berpengetahuan,

berkemahiran dan berketerampilan serta mempunyai ciri-ciri peribadi unggul bagi memenuhi

permintaan guna tenaga negara. Usaha ini akan dilaksanakan berdasarkan strategi seperti:-

o

Mengukuhkan mekanisme pemantauan dan pengawalseliaan ke atas IPTS:

menyedia dan mengemas kini senarai semak kualiti berdasarkan perundangan serta

bench-marking

ciri-ciri IPTS terkemuka di dunia;

menyelia dan menilai pematuhan undang-undang dan peraturan oleh IPTS dilakukan

dengan cekap dan cepat;

menyediakan rating IPTS;

melaksanakan Audit SETARA dan MyQUEST ke atas semua IPTS bagi mengukur tahap

kualiti masing-masing; dan