

58
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
lima lagi merupakan kampus cawangan universiti luar negara. Sehingga akhir Disember 2010 sebanyak 8,114
program pengajian telah diluluskan oleh Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi untuk
ditawarkan di IPTS dan daripada jumlah tersebut kira-kira 59% telah pun memenuhi keperluan MQA dan
memperoleh akreditasi. Sehingga Disember 2010, IPTS memberi peluang kepada 408,034 orang pelajar untuk
melanjutkan pengajian pada pelbagai peringkat pengajian dan mempunyai tenaga pengajar seramai 25,
486 orang. Dari bilangan tenaga pengajar itu, 55.1% memiliki kelayakan Sarjana dan PhD atau yang setaraf.
Dengan kapasiti ruang dan tenaga pengajar sedia ada, IPTS kini mempunyai enrolmen pelajar di peringkat
sarjana dan PhD berjumlah 24, 468 orang atau kira-kira 6% daripada keseluruhan enrolmen di IPTS.
Tumpuan Fasa 2
IPTS akan terus memainkan peranan untuk menyediakan peluang pendidikan di negara ini. Selain
menyediakan peluang pendidikan, aspek kualiti pendidikan akan terus menjadi agenda utama pada fasa
kedua pelaksanaan PSPTN. Untuk itu, beberapa strategi telah dirangka bagi merealisasikan hasrat tersebut.
•
Akses kepada Pendidikan Tinggi
Pertumbuhan pesat institusi pengajian tinggi swasta telah dapat meningkatkan akses kepada
pendidikan tinggi bagi penduduk Malaysia. Ini merupakan satu asas kukuh kepada pencapaian
hasrat negara untuk membolehkan sekurang-kurangnya 50% daripada penduduk Malaysia, khususnya
bagi kohort umur 17 hingga 23 tahun, mendapat pendidikan tinggi menjelang tahun 2015. Penawaran
tempat pengajian yang meliputi pelbagai bidang oleh IPTS secara langsung membolehkan Malaysia
merealisasikan konsep pendemokrasian pendidikan, iaitu dengan bertambahnya bilangan penduduk
Malaysia mendapat pendidikan pada peringkat tertinggi mengikut pilihan dan kebolehan masing-
masing.
Bagi mencapai matlamat meningkatkan tahap akses kepada pendidikan tinggi swasta, strategi berikut
dicadangkan bagi tempoh lima tahun (2011-2015):-
o
Meningkatkan bilangan tempat pengajian di IPTS berdasarkan
three-tier system
yang meliputi
pengajian peringkat sijil, diploma dan ijazah:
menggalakkan IPTS sedia ada meningkatkan penawaran tempat belajar dan
meningkatkan kapasiti pengambilan pelajar;
menaik tarafkan IPTS bertaraf Kolej kepada kolej universiti atau universiti swasta;