

63
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
’Holistik’ dalam konteks pembangunan modal insan tidak terbatas kepada disiplin ilmu dan pemantapan
kemahiran sahaja, malah turut merangkumi aspek pembangunan minda, spiritual, sahsiah dan etika. Dengan
kata lain, pembangunan modal insan turut memberi tumpuan kepada aspek “keinsanan” yang terbina
menerusi falsafah hidup, pegangan agama dan dokongan moral. Modal insan dengan ciri-ciri tersebut
memenuhi keperluan untuk membolehkan transformasi dan pembangunan individu, keluarga, masyarakat,
negara dan dunia berlaku secara lebih berstruktur.
CAP Pembangunan Holistik Pelajar (HSD) memfokuskan kepada pembangunan sahsiah pelajar IPT bagi
menghasilkan graduan atau modal insan yang seimbang sama ada dari segi keterampilan, bersemangat
patriotik, berdisiplin dan bernilai murni ke arah pembentukan modal insan negara yang mempunyai personaliti
unggul
(towering personality)
dan holistik. Penekanan pelaksanaan diletakkan kepada konteks kokurikulum
memandangkan ia mempunyai elemen ilmu praktikal dan ilmu falsafah yang menyokong kepada
pembangunan pelajar secara menyeluruh.
Bertepatan dengan Pelan Tindakan PSPTN Fasa 1 (2007-2010), KPT telah mengenal pasti lapan teras utama
aktiviti kokurikulum dan kehidupan kampus. Bidang-bidang tersebut, yang dikenali sebagai Lapan Teras
Kokurikulum, adalah seperti berikut:
•
Teras Sukan
•
Teras Kebudayaan
•
Teras Daya Usaha dan Inovasi
•
Teras Pengucapan Awam
•
Teras Kesukarelawanan
•
Teras Khidmat Komuniti
•
Teras Keusahawanan
•
Teras Kepimpinan
Rumusan Status Fasa 1
Pelaksanaan PSPTN Fasa 1 melihat kepada usaha peletakan asas beberapa program bagi mencapai hala
tuju transformasi pengajian tinggi. Tiga objektif strategik (OS) telah diletakkan sebagai asas pelaksanaan
projek bersama dengan penunjuk prestasi utama (KPI) yang berkaitan, seperti di bawah:
•
Meningkatkan pelaksanaan kursus kokurikulum berkredit di semua IPTA
Pengukuran yang dibuat adalah berdasarkan bilangan program pengajian akademik