Table of Contents Table of Contents
Previous Page  99 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 99 / 180 Next Page
Page Background

69

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Dalam Fasa 2 ini, buat kali pertamanya MQA akan melaksanakan penarafan disiplin pengajian di institusi

pengajian tinggi melalui Sistem Penarafan Disiplin Pengajian (

Discipline-based Rating System,

D-SETARA).

Pelaksanaan D-SETARA buat kali pertama ini akan memberi fokus kepada tiga disiplin pengajian iaitu:

Perubatan dan Sains Kesihatan

Kejuruteraan

Pelancongan dan Hospitaliti

Pemilihan tiga disiplin pengajian ini adalah untuk menyokong inisiatif NKEA dalam Pendidikan yang

menyasarkan pembangunan beberapa kelompok disiplin pendidikan termasuk tiga disiplin seperti yang

tersebut di atas.

Pelaksanaan CAP Jaminan Kualiti dalam tempoh 2011-2015 dijangka akan memberi kesan positif kepada kualiti

programdan institusi pengajian tinggi. Akreditasi programakan memberi keyakinan kepada pihak berkepentingan

dalam dan luar negara tentang kualiti program pengajian dan memberi manfaat kepada pelajar untuk

memiliki kelayakan program yang telah mendapat akreditasi. Melalui penarafan institusi dan juga disiplin

pengajian, institusi pengajian tinggi disasarkan akan terus berdaya saing, bertanggungjawab dan berusaha

untuk mencapai tahap kualiti yang lebih tinggi.

Memorandum Kerjasama Antarabangsa akan meningkatkan peranan MQA dalam arena antarabangsa

dan kesefahaman global tentang proses dan prosedur jaminan kualiti. Ini akan dapat meningkatkan

kebolehpindahan kelayakan dan mobiliti pelajar Malaysia ke negara-negara luar.

Bagi menjayakan CAP Jaminan Kualiti, faktor-faktor berikut perlu diberi perhatian:

Sebagai agensi pelaksana, MQAmemerlukan sokongan yang padu dan berterusan daripada

Kementerian dan agensi-agensi penggubal dasar yang berkaitan.

Menjalinkan perkongsian yang lebih erat dengan semua pihak berkepentingan terutamanya

Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) mengenai jaminan kualiti.

Komitmen dan kerjasama PPT khususnya dalam urusan untuk mendapatkan perakuan

akreditasi bagi semua program pengajian yang ditawarkan dan membekalkan data dalam

pelaksanaan SETARA dan eksesais audit yang lain.

PPT membudayakan amalan jaminan kualiti dan mengambil langkah proaktif dalam

melaksanakannya bagi meningkatkan kualiti pengajian tinggi.

Pencapaian beberapa KPI memerlukan pembiayaan tambahan memandangkan kos

pelaksanaan yang tinggi.