Table of Contents Table of Contents
Previous Page  97 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 97 / 180 Next Page
Page Background

67

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi di Malaysia serta program pengajiannya; dan

Meningkatkan pengiktirafan antarabangsa.

Kedua-dua objektif strategik kritikal ini adalah sangat penting untuk mencapai keseluruhan agenda kualiti

pengajian tinggi seperti yang dihasratkan dalam Pelan tersebut.

Rumusan Status Fasa 1

Bidang tumpuan CAP Jaminan Kualiti dalam Fasa 1 pelaksanaan PSPTN ialah:

Meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi di Malaysia serta program pengajiannya:

Akreditasi Program

- Akreditasi Program adalah penilaian untuk menentukan sama ada suatu

program itu telah memenuhi standard kualiti yang ditetapkan. Tujuan akreditasi adalah untuk

memastikan program yang ditawarkanmenepati standard dan kriteria Kod Amalan Akreditasi

Program (

Code of Practice for Programme Accreditation

, COPPA), mematuhi Kerangka

Kelayakan Malaysia (

Malaysian Qualifications Framework

, MQF dan garis panduan lain yang

berkaitan.

Penarafan Institusi

- Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) adalah suatu

mekanisme untuk memberi penarafan kepada institusi pengajian tinggi. Ia mengukur kualiti,

akauntabiliti dan prestasi institusi pengajian tinggi di Malaysia. SETARA melibatkan analisis data

yang relevan kepada domain dan indikator yang telah dipilih. Penarafan institusi pengajian

tinggi melalui SETARA, yang berdasarkan skala penarafan, dilaksanakan sekali setiap dua

tahun.

Audit Tematik

- Audit Tematik adalah satu bentuk audit yang berfokus kepada tema atau

disiplin akademik tertentu yang merentasi institusi pengajian tinggi bertujuan menentusahkan

standard kualiti untuk menyokong pembentukan dan penyampaian dasar awam atau

sebagai input kepada penarafan institusi dan program.

Meningkatkan pengiktirafan antarabangsa

Pengiktirafan Antarabangsa

- Pengiktirafan antarabangsa bermaksud MQA memainkan

peranan aktif dalam mempertingkatkan sistem, amalan dan proses jaminan kualiti serantau

dan antarabangsa.