

71
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
PROJEK AGENDA KRITIKAL
TRANSFORMASI POLITEKNIK
Pengenalan
Hala tuju Transformasi Politeknik mempunyai matlamat untuk membina upaya baharu politeknik bagi
membangunkan sumber manusia negara untuk memenuhi keperluan Model Baharu Ekonomi (MBE) yang
memberi penekanan kepada upaya inovasi dan kreativiti. Hala tuju Transformasi Politeknik bertujuan
menyediakan politeknik menghadapi pelbagai senario dan cabaran masa hadapan. Seiring dengan PSPTN
dan transformasi pendidikan dan latihan negara, transformasi Politeknik adalah untuk menghasilkan modal
insan yang mempunyai mentaliti kelas pertama dan menepati kehendak pasaran.
Konsep transformasi politeknik merangkumi perubahan sistemik yang menjurus kepada pewujudan institusi
pilihan, penghasilan siswazah yang menepati kehendak pasaran
(employable graduates)
dan pembinaan
persepsi positif dalam kalangan masyarakat terhadap pendidikan politeknik. Aspek yang dicakupi melibatkan
pemerkasaan dasar, penambahbaikan reka bentuk proses, penyampaian dan penilaian program,
pembangunan kurikulum yang mantap, penjaminan kualiti program, pembangunan tenaga pengajar yang
kompeten, pelajar yang berkualiti, sumber dan kemudahan yang lengkap dan usaha inovasi yang berterusan.
Pelan Transformasi Politeknik telah dilancarkan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri pada 25 Februari 2010, di
mana tiga politeknik telah diumumkan sebagai politeknik premier.
Politeknik mempunyai peranan khusus untuk menangani perubahan ekosistem pengajian tinggi negara yang
bukan sahaja memerlukan modal insan berilmu tinggi tetapi juga mempunyai kemahiran pada peringkat
tinggi. Negara perlu meningkatkan peratusan tenaga kerja berkemahiran tinggi daripada 23% kepada 37%
menjelang tahun 2015. Justeru, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) perlu diarusperdanakan
sebagai langkah merealisasi sasaran negara termasuk meningkatkan imej TEVT pada pandangan masyarakat.
Objektif Transformasi Politeknik ialah:
•
melonjakkan politeknik sebagai institusi peneraju bidang pendidikan dan latihan teknik dan
vokasional pada peringkat diploma;
•
mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di politeknik terhadap
kehendak pembangunan ekonomi negara;
•
menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu bagi menghasilkan siswazah berkualiti yang
berdaya usahawan, berkebolehpasaran tinggi dan berdaya saing;