Table of Contents Table of Contents
Previous Page  98 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 98 / 180 Next Page
Page Background

68

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Pelaksanaan CAP Jaminan Kualiti dalam Fasa 1 PSPTN pada keseluruhannya telah mencapai sasaran

yang ditetapkan. Peratusan pencapaian akreditasi program matang dan pendaftarannya dalam Daftar

Kelayakan Malaysia (

Malaysian Qualifications Register,

MQR) adalah 98%. Bagi SETARA ’09, sebanyak 47 buah

institusi pengajian tinggi telah berjaya diberikan penarafan. Berhubung dengan KPI Memorandum Kerjasama

(

Memorandum of Arrangement

, MoA), MQA telah berjaya menandatangani sebanyak lima MoA dengan

badan jaminan kualiti utama luar negara. Bagi KPI Audit Tematik, Audit Prestasi Akademik (APA) telah berjaya

dilaksanakan ke atas 58 buah Universiti dan Kolej Universiti.

Antara isu-isu dalam pelaksanaan CAP Jaminan Kualiti bagi Fasa 1 PSPTN adalah seperti berikut:

mendapatkan komitmen daripada institusi pengajian tinggi untuk menghantar permohonan

akreditasi bagi program mereka yang telah matang dalam tempoh yang sepatutnya;

mendapatkan kerjasama dari institusi pengajian tinggi untuk menghantar data yang tepat

dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi pelaksanaan SETARA;

Audit Institusi adalah perkara yang baru bagi MQA dan MQA sendiri masih dalam proses

mendalami selok-belok mengenainya;

mendapatkan komitmen daripada institusi pengajian tinggi untuk mengambil langkah-

langkah yang diperlukan untuk menjalani APA dalam tempoh yang ditetapkan;

mendapatkan komitmen masa daripada Panel Auditor untuk menjalankan audit; dan

memastikan audit terhadap semua institusi pengajian tinggi dilaksanakan dalam tempoh

yang ditetapkan.

Tumpuan Fasa 2

Bagi Fasa 2, CAP Jaminan Kualiti akan meneruskan usaha dalam menjamin kualiti program serta institusi

pengajian tinggi melalui akreditasi program, penarafan institusi danpenarafandisiplinpengajian tertentu. Selain

itu, pemeteraian Memorandum Kerjasama dengan agensi jaminan kualiti luar negara untuk meningkatkan

peranan MQA serantau, untuk meningkatkan perkongsian serantau dan peranan aktif MQA di dalamnya -

akan terus dipergiatkan.

Dalam memastikan pelaksanaan CAP Jaminan Kualiti berjalan dengan lancar, MQA akan mengambil

langkah-langkah seperti meningkatkan kolaborasi, engagement, perkongsian dan rundingan dengan semua

pihak berkepentingan, mengkaji dan menyegarkan kod-kod amalan, garis panduan serta kerangka jaminan

kualiti, mempermudahkan proses jaminan kualiti yang perlu dilalui oleh institusi pengajian tinggi serta bersikap

telus, dinamik dan developmental berlandaskan prinsip-prinsip perkongsian.