

73
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
•
menawarkan program pada peringkat diploma, diploma lanjutan dan kelayakan lebih tinggi;
•
menawarkan bilangan program baharu melebihi sasaran;
•
meningkatkan peratusan bilangan pensyarah dengan kelayakan sarjana dan peratusan
pensyarah yang memperoleh pensijilan profesional industri; dan
•
memperluas akses kepada pelajar golongan OKU, orang asli/peribumi dan cemerlang sukan
bagi memastikan keterangkuman program politeknik kepada setiap lapisan masyarakat.
Isu-isu pelaksanaan CAP dalam Fasa 1 PSPTN yang dikenal pasti adalah seperti peruntukan kewangan, status
kemajuan pembinaan kampus tetap politeknik dan pengurusan perubahan budaya dalam kalangan warga
politeknik yang memerlukan masa lebih lama.
Tumpuan Fasa 2
Tumpuan Fasa 2 CAP Transformasi Politeknik adalah seiring dengan pelaksanaan MBE, ETP dan RMKe-10.
Politeknik akan terus melalui fasa pemantapan dan pembaharuan sesuai dengan kedudukannya sebagai
peneraju sektor TEVT. Fokus utama Fasa 1 adalah untuk meningkatkan penghasilan siswazah politeknik yang
berkualiti melalui program pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja
negara dan global. ETP akan mewujudkan 3.3 juta pekerjaan dalam pelbagai NKEA. Daripada jumlah itu, 1.5
juta pekerjaan adalah dalam bidang TEVT. Negara memerlukan 680,000 orang pekerja mahir pada peringkat
diplomamenjelang tahun 2020. Daripada jumlah ini, 580,000 orang adalah daripada diploma TEVT dan 100,000
orang daripada diploma akademik. Politeknik menyasarkan untuk menghasilkan 355,000 pekerja peringkat
diploma daripada 580,000 yang diperlukan negara. Bagi mencapai hasrat ini, Politeknik akan melahirkan
sejumlah 490,000 graduan diploma (termasuk yang menyambung pengajian) menjelang 2020. Politeknik
mampu mencapai sasaran yang ditetapkan menerusi penambahan beberapa buah politeknik konvensional
dan politeknik metro selain daripadamenaik taraf beberapa politeknik. Kesemua politeknik mampu mencapai
sasaran ini melalui program sepenuh masa, program open distance learning dan perkongsian pintar dengan
pihak lain termasuk pihak swasta. Penawaran program baharu juga akan diberi penekanan terutamanya
dalam NKEA. Keberhasilan CAP Transformasi Politeknik yang disasarkan adalah seperti berikut:
•
politeknik menjadi institusi pilihan dalam kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
•
siswazah politeknik yang memenuhi kehendak pasaran
(employable)
, mempunyai keterampilan
dan kemahiran daya keusahawanan yang tinggi; dan
•
pengajian di politeknik mendapat persepsi positif di kalangan masyarakat.