Table of Contents Table of Contents
Previous Page  85 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 85 / 180 Next Page
Page Background

55

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Jika dilihat dari segi pencapaian kebolehpasaran siswazah bagi setiap IPTA pula, peratus pencapaian adalah

berbeza di antara satu sama lain. Pada akhir tahun 2010, sejumlah 19 IPTA terlibat dalam statistik pengiraan

CAP Kebolehpasaran Siswazah dan hanya satu IPTA iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) masih belum

menghasilkan siswazah pada tahun 2010. Secara umumnya, universiti yang berstatus universiti penyelidikan,

mempunyai tahap peratusan kebolehpasaran siswazah yang melebihi 75%. Pencapaian bagi Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah 96.5% kerana sebahagian besar daripada siswazah diserap sebagai

guru apabila mereka menamatkan pengajian. Bagi universiti dalam kategori Komprehensif dan Fokus, data

menunjukkan corak yang pelbagai, antara lingkungan 50% hingga 70%.

Hal ini memandangkan terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kebolehpasaran siswazah seperti jenis

universiti dan bidang pengajian yang diambil siswazah. Bagi universiti yang telah lama bertapak di negara

ini, sasaran 75% mungkin dapat dicapai dengan adanya faktor-faktor seperti kemudahan pendidikan yang

lebih baik, tenaga pengajar yang berpengalaman, bidang pengajian yang ditawarkan, hubungan bersama

pihak industri dan sebagainya. Secara umumnya, peratusan kebolehpasaran siswazah adalah sesuatu yang

perlu melihat kepada kapasiti serta keupayaan sesebuah universiti dalam menghasilkan siswazah yang dapat

meningkatkan nilai kebolehpasaran bagi universiti tersebut.

Sepanjang pelaksanaan Fasa 1, terdapat beberapa isu yang dikenal pasti:

Data Kajian Pengesanan Graduan yang diperoleh adalah dalam tempoh yang singkat,

iaitu antara tempoh tamat pengajian dan majlis konvokesyen sekitar tiga hingga enam bulan.

Tempoh yang singkat ini tidak dapat memberi gambaran yang sebenar mengenai tahap

kebolehpasaran siswazah.

Kos bagi melaksanakan program-program yang meningkatkan kebolehpasaran siswazah

seperti

Finishing School, Bridging the Gap, Apprenticeship

adalah tinggi dan memerlukan

peruntukan kewangan yang besar daripada pihak kerajaan. Sesetengah industri meletakkan

tanggungjawab ini kepada pihak kerajaan tanpa bersedia untuk berkongsi kos bagi

membiayai program-program tersebut.

Tumpuan Fasa 2

Institusi pengajian tinggi mempunyai peranan yang penting dalam menghasilkan modal insan berkemahiran

tinggi dan berkeupayaan untuk mencipta, menginovasi, menghasilkan dan mempelopori pengetahuan baru

serta mengaplikasikan dan membangunkan teknologi, ke arah memastikan kadar kebolehpasaran siswazah

yang tinggi dicapai oleh negara.