

56
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
Faktor kejayaan kritikal CAP Kebolehpasaran Siswazah adalah berkaitan dengan faktor penentuan hala tuju
aspirasi Wawasan 2020, Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi,
RMKe-10 dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara sendiri, secara amnya. Antara yang dikenal pasti
adalah:
•
Tadbir Urus: ketelusan, tanggungjawab, integriti, autonomi dan akauntabiliti
(Professional A
cademic Integrity)
;
•
Budaya: kecemerlangan pengajian tinggi, berprestasi tinggi, berdaya saing;
•
Infrastruktur: kemudahan fizikal R&D, persekitaran yang kondusif kepada pembelajaran dan
pengajaran; dan
•
Sumber: sumber kewangan, sumber manusia yang berkualiti dan komited, perkembangan
ekonomi dunia dan negara, permintaan modal insan daripada pihak industri, peruntukan
bagi melaksanakan usaha meningkatkan kebolehpasaran siswazah.
Secara khususnya, PSPTN telah mengenal pasti bahawa bagi menghasilkan siswazah yang berkualiti tinggi
yang memperoleh pekerjaan, kurikulum yang disediakan oleh IPT perlulah sejajar dan bersesuaian dengan
keperluan pasaran global. Faktor kejayaan kritikal adalah berasaskan kepada:
•
penglibatan sektor industri dalam membentuk kurikulum bagi menambah baik pasaran,
kemahiran dan kesesuaian graduan; dan
•
kebolehan IPT untuk mengguna pakai kaedah pembelajaran dan pengajaran yang paling
berkesan dalam menjamin kualiti pendidikan tinggi kepada pemegang taruh.
Kesediaan sektor industri untuk berkongsi kos dan menyediakan latihan berkemahiran tinggi bagi memenuhi
keperluan teknologi masa hadapan untuk memacu pertumbuhan ekonomi Negara amatlah penting untuk
menjayakan agenda ini.