

64
|
w w w . u p n m . e d u . m y
penyel idikan
dan inovasi
LAPORAN TAHUNAN
UNIVERSITI PERTAHANAN
NASIONAL MALAYSIA
2015
Produk
Kajian Eksploratori
Terhadap
Pengurusan Hadapi
Bencana Melalui
Komuniti: Kajian
di Kawasan Majlis
Perbandaran
Ampang Jaya
(MPAJ)
Model Pengurusan
Syura dan Konsep
Tawhidik dalam SPK
Islam di IPT Malaysia
Nama Penyelidik
Lt Kol Mohd Juraimy bin Hj.
Kadir, Mej Ahmad Azan bin
Ridzuan (B),Lt Kol Zamri bin
Ismail, Lt Kol Ungku Azly bin
Ungku Zahar, Mazura binti
Mat Zin
Prof. Madya Hasan Al-Banna
bin Mohamed, Prof. Madya
Ab Mumin bin Ab. Ghani, Dr.
Siti Arni binti Basir, Redwan
bin Yasin
Bil.
6.
7.
Anugerah
Emas
Emas
Ringkasan Produk
Kajian Eksploratori Terhadap Pengurusan
Hadapi Bencana Melalui Komuniti: Kajian di
Kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya
(MPAJ)
Aspek pengurusan Syura dan konsep
Tawhidik dalam sesebuah organisasi
sememangnya menjadi keutamaan bagi
memastikan pelaksanaan sistem pengurusan
yang efektif, efisien dan berkualiti demi
mencapai kecemerlangan perkhidmatan
mahupun melahirkan produk yang
memberikan kepuasan kepada pelanggan
serta memperoleh keredhaan Allah SWT.
Justeru, kedua-dua elemen tersebut
merupakan jaminan sesebuah organisasi
untuk memperoleh manfaat kepada para
pekerja lebih-lebih lagi membabitkan institusi
pendidikan tinggi (IPT). Sehubungan dengan
itu, penyelidikan yang berkaitan dengan
kedua-dua aspek iaitu keberkesanan
pengurusan berasaskan Syura dan konsep
Tawhidik yang mempengaruhi pelaksanaan
sistem pengurusan kualiti (SPK) haruslah
dipergiatkan. Hal ini bertepatan dengan
tujuan kewujudan piawaian yang telah
diperkenalkan sejak tahun 2005 lagi iaitu
sistem pengurusan kualiti berasaskan Syari’ah
yang dikemaskinikan dengan versi baharu
yang dikenali sebagai MS1900:2014. Kajian ini
dijalankan terhadap dua buah IPT di Malaysia
iaitu IPTA dan IPTS yang telah memperoleh
pensijilan tersebut sejak tahun 2010. Manakala
metod kajian menggunakan reka bentuk
kualitatif secara kajian kes terhadap kedua-
dua buah IPT terpilih dengan kaedah temu
bual secara semi struktur, di samping kaedah
pemerhatian secara langsung dan analisis
dokumen-dokumen sokongan. Penganalisisan
data menggunakan perisian NVivo versi 10
dengan kaedah pembentukan tema-tema
dan kategori yang terhasil daripada kajian
yang dijalankan. Pemilihan pensampelan
secara bertujuan iaitu melibatkan pekerja yang
secara langsung terlibat dengan SPK MS1900
dalam IPT masing-masing. Kaedah triangulasi
antara dapatan data turut dilaksanakan agar
tahap keesahan dan kebolehpercayaan kajian
berada pada tahap yang tinggi. Akhirnya,
hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
kedua-dua aspek iaitu amalan pengurusan
Syura kalangan warga institusi dan konsep
Tawhidik yang diterapkan dalam diri setiap
pekerja mampu berperanan ke arah kejayaan
pelaksanaan dan kelestarian SPK Islam
MS1900 di IPT Malaysia. Malah manfaatnya
juga dapat mematuhi keperluan Syari’ah, di
samping para pekerjanya turut memperoleh
kepuasan kerja dan yang lebih utama ialah
mendapat keredhaan Allah SWT dalam setiap
amalan yang dilakukan.