

w w w . u p n m . e d u . m y
|
61
LAPORAN TAHUNAN
UNIVERSITI PERTAHANAN
NASIONAL MALAYSIA
2015
penyel idikan
dan inovasi
Defence, Security and Sustainability 2015 (DSS2015) Colloquium & Exhibition
Pada 29 sehingga 30 April 2015, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi telah menganjurkan
Defence, Security and Sustainability 2015 (DSS2015) Colloquium & Exhibition bertempat di Aras 4,
Dewan Serbaguna 2, Bangunan Lestari, UPNM. Penganjuran DSS2015 bertujuan bagi membudayakan
penyelidikan dan inovasi di kalangan warga UPNM. Sebanyak 62 produk penyelidikan telah menyertai
pameran penyelidikan yang mempertandingkan 3 kategori iaitu, Fundamental Research, Applied Research
dan Innovation Product. Pameran dirasmikan oleh YBhg. Kol Prof. Ir. Dr. Norazman bin Mohamad Nor,
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, UPNM. DSS2015 turut disertai Universiti Malaysia Perlis
(UMP) dan Maktab Tentera Diraja (MTD). Kolokium turut dijalankan sepanjang 2 hari program berlangsung
yang melibatkan 85 pembentangan dari para pensyarah yang mempunyai geran penyelidikan.