Background Image
Previous Page  38 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 38 / 298 Next Page
Page Background

4

2.0 SEJARAH PENUBUHAN

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang ditubuhkan dengan rasminya

pada 10 November 2006, lahir daripada Akademi Latihan Tentera Malaysia (ATMA)

yang telah wujud sejak tahun 1995. Keputusan menjadikan ATMA sebagai sebuah

universiti yang bertujahan bidang Pertahanan dan Keselamatan adalah hasil

daripada cetusan idea Dato‟ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang pada ketika itu

memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan Malaysia. Tujuan penubuhannya

adalah seperti yang ditetapkan dalam Warta Kerajaan Malaysia bertarikh 28

September 2006.

Seperti yang ditetapkan dalam Warta tersebut, tujahan UPNM adalah

“untuk

mengadakan, memajukan dan mengembangkan pengajian tinggi dalam bidang

pertahanan dan keselamatan seperti sejarah ketenteraan, ekonomi pertahanan,

komunikasi ketenteraan, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, sains nautika

dan teknologi maritim, sains penerbangan, sains teknologi dan maklumat

pertahanan, bioteknologi pertahanan dan sains persenjataan, pengajian

keselamatan, penyelesaian konflik, pengajian strategik, kepimpinan ketenteraan,

dan bidang lain yang perlu, penyelidikan dan pengumpulan dan pemajuan

pengetahuan dan penyebaran pengetahuan dalam bidang pengajian itu”.

Selaras dengan tujahan di atas, UPNM beriltizam untuk melahirkan para graduan

yang bercirikan

Intellectual Leaders of Character

atau Pemimpin Intelek Berkarakter.

Pelajarnya terdiri daripada peratus yang tertentu bagi Pegawai Kadet dan Pelajar

Awam (PALAPES) yang nisbahnya akan berubah dari masa ke semasa mengikut

keperluan negara.

Bagaimanapun, UPNM tidak seperti sebuah Universiti Awam (UA) yang lain dalam

negara ini kerana ia mempunyai keunikan tersendiri yang pelajar-pelajarnya melalui

proses pembelajaran yang bukan sahaja dalam persekitaran pembangunan

intelektual, tetapi juga dalam persekitaran dan disiplin ketenteraan. Hal ini bermakna

mereka bukan sahaja menjalani proses pembangunan intelek, malah juga melalui