Background Image
Previous Page  34 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 34 / 298 Next Page
Page Background

xxxiii

seiring dengan keperluan semasa, barisan kepimpinan Universiti amat

menekankan penerapan amalan tadbir urus yang merangkumi sistem nilai

berdasarkan kebertanggungjawaban, ketelusan, amanah, akauntabiliti dan

responsif dalam urusan pentadbiran harian.

Secara umumnya, laporan ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian yang

mengandungi maklumat amalan tadbir urus yang dipraktikkan di UPNM.

Bahagian pertama merangkumi maklumat berkenaan profil universiti, manakala

bahagian kedua akan memperincikan maklumat berkenaan tadbir urus institusi

(governans), kewangan, sumber manusia dan tadbir urus akademik. Bahagian

terakhir pula akan memperincikan laporan penilaian audit kendiri yang telah

dilaksanakan oleh UPNM.

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua

pihak terutamanya ketua-ketua dan ahli-ahli jawatankuasa kerja yang telah

memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam

penyediaan laporan ini. Saya berharap agar laporan ini dapat dijadikan bahan

rujukan bukan sahaja kepada pihak juruaudit, tetapi juga kepada seluruh warga

UPNM agar penambahbaikan tabdir urus Universiti dapat dilakukan dari semasa

ke semasa demi kemajuan organisasi.

In Shaa Allah.

Sekian dan salam hormat.

“KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI”

TAN SRI DATO’ SERI PANGLIMA HJ. ZULKIFLI BIN HJ. ZAINAL ABIDIN

Jeneral

Naib Canselor