Background Image
Previous Page  39 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 39 / 298 Next Page
Page Background

5

latihan ketenteraan serta kehidupan budaya rejimental. Pembangunan modal insan

secara holistik (

Syumul

) adalah sentiasa dititikberatkan.

Pengambilan pelajar pertama UPNM bermula pada sesi 2007/2008 seramai 550

orang melapor untuk Program Asasi Pertahanan dengan pecahan seramai 350

Pegawai Kadet dan 200 Pelajar Awam. Sebagai permulaan kepada pengajian

Sarjana Muda pula, UPNM telah menubuhkan tiga (3) buah fakulti iaitu Fakulti

Kejuruteraan, Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan serta Fakulti Pengajian dan

Pengurusan Pertahanan. Sehingga tahun 2014, UPNM telah membuat pengambilan

seramai 2,713 orang pelajar dengan pecahan 1,979 Pegawai Kadet dan 734 Pelajar

Awam, di samping penambahan sebuah fakulti baru iaitu Fakulti Perubatan dan

Kesihatan Pertahanan ditubuhkan pada tahun 2011.

Bagi ara graduan UPNM kategori Pegawai Kadet yang berjaya menamatkan

pengajian dalam masa telah ditetapkan dan memenuhi syarat ATM akan

ditauliahkan ke dalam Angkatan Tentera Malaysia sebagai Leftenan Muda atau

setaraf. Kemudian, Pelajar Awam yang menganggotai PALAPES, mereka adalah

sesuai untuk memasuki perkhidmatan kerajaan bukan sahaja sebagai Penjawat

Awam dalam perkhidmatan-perkhidmatan beruniform lain seperti Agensi

Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia, Kastam

Diraja Malaysia dan sebagainya. Selain itu, mereka juga diharap dapat

menyumbang khidmat dalam memenuhi keperluan sumber manusia di sektor

korporat.

UPNM, melalui pusat-pusat kecemerlangannya berperanan ke arah menyokong

modenisasi Angkatan Tentera Malaysia dengan membangunkan Penyelidikan dan

Pembangunan (R&D), sama ada di peringkat asas atau aplikasi dalam aspek

Pertahanan dan Keselamatan serta membangunkan Industri Pertahanan Negara. Ia

juga memainkan peranan sebagai pemikir atau

think tank

dalam aspek pertahanan

dan keselamatan. Sehingga kini, UPNM telah meraih beberapa anugerah dalam

pameran penyelidikan yang diadakan dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

UPNM adalah komited dalam membangunkan modal insan yang berketrampilan

dalam ilmu sains, teknologi, pengurusan dan perkhidmatan untuk memenuhi

keperluan industri pertahanan dan keselamatan negara.