

6
UPNM kini menawarkan 17 program diperingkat Doktor Falsafah dan Sarjana, 11
program Ijazah Sarjana Muda dan tiga (3) Program Asasi. Program-program
tersebut ditawarkan di bawah empat (4) buah fakulti dan dua (2) buah pusat seperti
berikut:
1. Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan (FPPP)
2. Fakulti Sains dan Teknologi Pertahanan (FSTP)
3. Fakulti Kejuruteraan (FKJ)
4. Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan (FPKP)
5. Pusat Bahasa (PB)
6. Pusat Asasi Pertahanan (PAP)
UPNM juga mempunyai Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) yang
bertanggungjawab mengurus semua aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh ahli
akademik Universiti serta Pusat Pengajian Siswazah (PPS) yang berperanan
menguruskan permohonan pengajian peringkat siswazah.
2.1 STRUKTUR ORGANISASI
Entiti utama struktur organisasi UPNM adalah Lembaga Pengarah Universiti (LPU),
Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Jabatan Pendaftar, Pejabat Bendahari,
Perpustakaan, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan, Fakulti dan Pusat
Kecemerlangan. Struktur organisasi UPNM adalah seperti Rajah 1.