Background Image
Previous Page  46 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 46 / 298 Next Page
Page Background

10

3.

Autonomi Pengurusan Sumber Manusia

Perkara ini merangkumi kuasa dan hak sesebuah universiti awam untuk

menggubal dasar dan prosedur bagi melahirkan modal insan yang

profesional, berkualiti dan produktif. Ia melibatkan aspek penggubalan

perancangan strategik sumber manusia, pengambilan, latihan, kepimpinan,

pembangunan organisasi, sistem

remuneration

dan saraan. Hal ini adalah ke

arah menarik, membangunkan dan mengekalkan bakat terunggul dalam

organisasi.

4.

Autonomi Akademik

Perkara ini merangkumi kuasa dan hak sesebuah universiti awam untuk

menggubal dasar dan prosedur berkaitan perkara akademik termasuk

pengwujudan fakulti, pusat kecemerlangan, pengajaran dan pembelajaran,

program akademik, sumber akademik, penyelidikan dan inovasi serta

permindahan ilmu.

Selaras dengan ini, kepimpinan UPNM telah mengadakan perancangan strategik

dan pelan tindakan untuk menentukan bahawa governan sentiasa menjadi tunggak

dan budaya dalam semua aspek pengurusan universiti. Penekanan sentiasa

diberikan untuk membolehkannya mencapai kemahiran, akauntabiliti dan ketelusan.

Penggubalan dasar dan prosedur dibuat dengan menggunakan kuasa secara adil

dan saksama.

Model Autonomi Universiti dibangunkan berlandaskan kepada huraian di atas dalam

usaha mewujudkan budaya kecemerlangan berteraskan prinsip-prinsip integriti dan

akauntabiliti dan melahirkan pemimpin intelek berkarakter sebagai modal insan yang

profesional, berkualiti dan produktif.