Background Image
Previous Page  45 / 298 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 45 / 298 Next Page
Page Background

3.0 MODEL AUTONOMI UPNM

Governan atau tadbir urus sesebuah organisasi merangkumi isu kemahiran

(competency), akauntabiliti (accountability) dan ketelusan (transparency) dalam

semua aspek. Ia juga melibatkan perkara berkenaan dengan interaksi dan proses

membuat keputusan antara semua pemegang taruh organisasi serta penggunaan

kuasa secara adil dan saksama (judicious use of power).

Autonomi juga berkaitan dengan isu governan. Sesebuah sistem governan yang

berlandaskan autonomi dapat mewujudkan budaya kecemerlangan berteraskan

prinsip-prinsip integriti dan akauntabiliti. Dalam aspek ini, autonomi sesebuah

Universiti Awam telah ditakrifkan sebagai kuasa dan hak sesebuah institusi untuk

menguruskan segala hal dibawahnya tanpa dipengaruh atau diarahkan oleh

kerajaan. Autonomi melibatkan pengurusan sumber dalam empat (4) bahagian atau

aspek

Key Results Areas

(KRAs) seperti berikut:

1.

Autonomi Tadbir Urus

Perkara ini merangkumi kuasa dan hak sesebuah universiti awam untuk

menggubal dasar, prosedur dan mekanisma membuat keputusan ke arah

mencapai visi dan misi melalui satu struktur governan dan sistem akauntabiliti

yang jelas dan terbuka.

2.

Autonomi Kewangan

Perkara ini merangkumi kuasa dan hak sesebuah universiti awam untuk

menggubal dasar, prosedur serta membuat keputusan berkenaan

pengurusan kewangan dan penjanaan pendapatan berlandaskan prinsip-

prinsip integriti dan akauntabiliti serta amalan governan kewangan yang

terunggul.

9