

3
1.4 MOTO
KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI
DUTY, HONOUR, INTEGRITY
1.5 OBJEKTIF UPNM
Tujuan penubuhan UPNM adalah seperti berikut:
Menyediakan asas pengetahuan yang kukuh dan seimbang dalam bidang
Kemanusiaan, Pengurusan, Sains dan Teknologi, serta menerap daya usaha
intelektual melalui pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan usaha
kesarjanaan yang bertaraf antarabangsa.
Menanam semangat kesetiaan dan patriotisme yang tinggi untuk berbakti
kepada negara dengan berbekalkan ilmu, kemahiran serta kecekapan asas
ketenteraan.
Membangunkan warga yang mempunyai tanggungjawab sosial dengan
berteraskan kepada unsur-unsur kerohanian, etika budaya dan moral yang
terpuji.
Membentuk pemimpin masa depan yang memahami, menghayati, dan
mempunyai sikap toleransi terhadap kepelbagaian etnik, budaya dan agama.
Membekalkan pemimpin masa depan dengan kecekapan berkomunikasi.
Menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang Teknologi Pertahanan,
Pengurusan dan Diplomasi, Hal Ehwal Ketenteraan serta Bidang Strategi dan
Keselamatan Negara.