

xxxii
KATA-KATA ALUAN
PRAKATA NAIB CANSELOR
LAPORAN PENILAIAN KENDIRI AUDIT AUTONOMI, UPNM
Salam Sejahtera dan Salam 1UPNM,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Subhanahu Wa Ta`ala dan setinggi-
tinggi syukur dipanjatkan ke hadratNya kerana dengan limpah kurnia, izin serta
inayahNya jua, maka Laporan Penilaian Kendiri, Audit Autonomi UPNM ini dapat
dizahirkan. Ucapan syabas dan tahniah juga kepada seluruh warga UPNM yang
telah memberikan komitmen sepenuhnya dalam penyediaan laporan ini,
khususnya kepada Jawatankuasa yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung.
Saya mewakili seluruh warga UPNM ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia kerana memberikan
peluang kepada UPNM untuk turut serta dalam Audit Kesediaan bagi
mendapatkan autonomi mengurus tadbir universiti dengan lebih berkesan. UPNM
amat berbesar hati dan secara positif melihat peluang ini sebagai pengukur dan
indikator kepada kesediaan UPNM untuk memperoleh status autonomi penuh,
sekaligus menilai tahap semasa keberkesanan operasi universiti secara
menyeluruh.
Amalan tadbir urus terbaik merupakan tonggak utama dalam memastikan
kelangsungan pembangunan dan keberkesanan sesebuah organisasi. Dalam
persekitaran ekosistem universiti, amalan urus tadbir terbaik akan dapat
memberikan jaminan bahawa peranannya sebagai sebuah gedung ilmu
diperkukuh seiring dengan kehendak dan harapan pemegang taruh, masyarakat
dan negara. Pelbagai aspek dalam semua peringkat pengurusan diperkukuh bagi
memastikan universiti mencapai piawaian dunia, dinamik, proaktif, berkualiti dan
berinovasi serta berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa kini.
Selain itu, UPNM memegang amanah dalam melaksanakan mandat yang
telah diberikan oleh pemegang taruhnya iaitu Kementeian Pertahanan dan
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. Dalam menyuntik sinergi baharu