Table of Contents Table of Contents
Previous Page  40 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 40 / 180 Next Page
Page Background

10

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

PELAKSANAAN PSPTN FASA 1

Pelaksanaan

Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh empat fasa

pelaksanaan:

Fasa 1: Peletakan Asas (2007 – 2010)

Fasa 2: Peningkatan dan Pemerkasaan (2011 – 2015)

Fasa 3: Kecemerlangan (2016 – 2020)

Fasa 4: Kegemilangan dan Kelestarian (melangkaui 2020)

Pelaksanaan PSPTN pada Fasa 1 telah berpandukan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007 – 2010,

yang telah menggariskan strategi dan pelan tindakan bertujuan untuk meningkatkan dan menambah baik

sistem pengajian tinggi Negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9).

Laporan pencapaian PSPTN bagi Fasa 1, berbentuk Nota Jemaah Menteri (NJM), telah dibentangkan kepada

kabinet seperti berikut:

Laporan Kemajuan Pelaksanaan PSPTN bagi tempoh Ogos 2007 – Jun 2008

Laporan Kemajuan Pelaksanaan PSPTN bagi tempoh Julai – Disember 2008

Laporan Kemajuan Pelaksanaan PSPTN bagi tempoh Januari - Jun 2009

Laporan Kemajuan Pelaksanaan PSPTN bagi tempoh Julai - Disember 2009

Laporan Kemajuan Pelaksanaan PSPTN bagi tempoh Januari - Disember 2010

Laporan yang dikemukakan melalui NJM tersebut adalah berpandukan pelan pelaksanaan dan hala tuju

bagi setiap Projek Agenda Kritikal (CAP) dan pencapaian serta keberhasilan

(outcome)

masing-masing yang

telah ditetapkan dalam Pelan Pelaksanaan Fasa 1.

Sehingga Disember 2010, 22 CAP telah dikenal pasti dan beroperasi dari segi penetapan hala tuju, pelan

pelaksanaan dan penetapan indikator bagi pengukuran pencapaian. (Satu CAP, iaitu CAP “Tabung

PembangunanModal Insan”

(HumanCapital Development Fund)

, telah digugurkanmemandangkan terdapat

pertindihan objektif antara CAP tersebut dengan CAP MyBrain15, di mana keputusan telah dibuat dalam

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PSPTN untuk kesemua objektif bagi kedua-dua CAP tersebut dirangkumi

di bawah CAP MyBrain15. Kesemua 22 CAP merangkumi projek-projek yang berpusatkan lima tonggak institusi