

16
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
Objektif Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara telah digubal secara komprehensif dan holistik bagi tujuan
memartabatkan pengajian tinggi Negara sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa.
Pelan Strategik ini telah memberi penekanan kepada tujuh teras utama, iaitu:
Teras 1 : Meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti
Teras 2 : Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran
Teras 3 : Memperteguh penyelidikan dan inovasi
Teras 4 : Memperkasakan institusi pengajian tinggi
Teras 5 : Mempergiat pengantarabangsaan
Teras 6 : Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat
Teras 7 : Memperkukuhkan sistem penyampaian KPT
Dalam Fasa 2 PSPTN, ketujuh-tujuh teras ini kekal dari aspek penekanan yang diberikan dalam Pelan tersebut.
Kesemua 23 CAP yang dilaksanakan dalam tempoh Fasa 2 PSPTN memainkan peranan dalam pencapaian
objektif ketujuh-tujuh teras tersebut, walaupun tahap peranan tersebut mungkin berbeza di antara satu CAP
dengan CAP yang lain. Dalamerti kata lain, pelaksanaan dan pencapaian objektif terkumpul bagi semua CAP,
akan membawa kepada pencapaian bagi semua teras; pelaksanaan satu CAP saja tidak akan memenuhi
objektif satu-satu teras secara eksklusif (contoh: Objektif Teras 5: “Mempergiat pengantarabangsaan”
dapat dicapai melalui gabungan pelaksanaan dan pencapaian bagi beberapa CAP, contohnya CAP
Pengantarabangsaan, Industri-Akademia, IPTS, CoE dan sebagainya).
Pelaksanaan Pelan Tindakan Fasa 2
Pelan Tindakan Fasa 2 ini menggariskan mekanisme dan pelan pelaksanaan, serta aspek keberhasilan yang
diharapkan hasil daripada pelaksanaan inisiatif yang dirancang. Sebagaimana yang digariskan dalam
Pelan Pelaksanaan Fasa 1, aspek-aspek transformasi dan inisiatif yang dirancang berbeza dari segi tempoh
pencapaian yang dirancang. Walaupun terdapat inisiatif yang bercorak jangka pendek yang boleh dicapai
dalam tempoh RMKe-10, iaitu selari dengan tempoh Fasa 2 PSPTN, terdapat juga sebahagian daripada inisiatif
tersebut yang akan menjangkaui tempoh pelaksanaan yang lebih panjang.