Table of Contents Table of Contents
Previous Page  47 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 47 / 180 Next Page
Page Background

17

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Strategi Pelaksanaan

Dalam tempoh pelaksanaan Fasa 1 PSPTN, setiap institusi telah menetapkan sasaran masing-masing

berdasarkan jangkaan kemampuan. Bagi kebanyakan CAP, terdapat jurang di antara pencapaian terkumpul

institusi dengan sasaran kebangsaan yang ditetapkan oleh pihak CAP sentral.

Pelaksanaan Fasa 2 menetapkan bahawa sasaran yang telah ditetapkan pada peringkat sentral, diagihkan

kepada setiap institusi yang berkaitan. Pendekatan ini penting untuk memastikan bahawa sasaran Negara

dapat dicapai dan isu-isu serta cabaran pelaksanaan dapat ditangani secara lebih efektif. Dalam konteks

ini, Pasukan Projek CAP memainkan peranan yang penting dalam memacu tindakan-tindakan yang perlu

dilaksanakan yang telah dirancang. Hubungan dua hala dengan Pasukan iPMO adalah amat kritikal dan

pasukan projek CAP berperanan sebagai pemudah cara kepada pelaksanaan di institusi untuk memastikan

sasaran yang diagihkan kepada institusi berjaya dicapai, yang seterusnya akan menyumbang kepada

pencapaian sasaran nasional dan akan membawa kepada kejayaan pencapaian CAP berkenaan.

Dalammemastikan pelan yang dirancang dijadikan panduan yang jitu bagi pelaksanaan inisiatif transformasi,

pencapaian akan dipantau dan diukur melalui usaha-usaha pemantauan yang dilaksanakan oleh Pejabat

Pengurusan Program (PMO). Usaha pemantauan yang berterusan penting untuk memastikan pelan yang

dirancang tercapai dan ini dilaksanakan melalui proses penilaian, semak semula (jika berkeperluan), program

intervensi dan sebagainya. Usaha-usaha pemantauan juga merangkumi penyelesaian isu dan cabaran-

cabaran yang menghalang atau melambatkan proses ke arah pencapaian KPI dan seterusnya keberhasilan

yang ditetapkan.

Kajian hala tuju pelaksanaan Fasa 2 PSPTN akan dilaksanakan untuk memastikan bahawa kesemua CAP

bergerak di atas landasan sama yang ditetapkan dalam dokumen

“Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara

Melangkaui Tahun 2020”.

Kaitan dengan Pelan Tindakan Fasa 1

Sehingga Disember 2010, iaitu pada tempoh berakhirnya Fasa 1 PSPTN, 22 CAP telah dilaksanakan dalam

usaha mencapai objektif PSPTN. Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi pada Majlis Amanat Tahun Baharu

2011 telah mengumumkan Satu CAP tambahan iaitu CAP ‘Program Pemindahan Pengetahuan’

(Knowledge

Transfer Programme)

. Penambahan ini menjadikan bilangan CAP Fasa 2 PSPTN berjumlah 23 kesemuanya.