

15
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
Pusat Kecemerlangan (CoE)
Keusahawanan
Transformasi Kolej Komuniti
CAP
Pencapaian& Keberhasilan
• Enam CoE dinaik taraf ke HICoE:
o
UM Centre of Research for Power Electronics, Drives, Automation &
Control
(UMPEDAC), Universiti Malaya
o
UKM Medical Molecular Biology Institute
(UMBI), Universiti
Kebangsaan Malaysia
o
Institute for Research in Molecular Medicine
(INFORMM),
Universiti Sains Malaysia
o
Institute of Bioscience
(IBS), Universiti Putra Malaysia
o
Centre for Drug Research
(CDR), Universiti Sains Malaysia
o
Accounting Research Institute
(ARI), Universiti Teknologi MARA
• Penubuhan Unit Keusahawanan di KPT & IPTA
• Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT
• Program Pengukuhan Kolej Komuniti
• Pengenalan Program Sijil Modular Kolej Komuniti
PEMBENTUKAN PELAN TINDAKAN FASA 2 PSPTN
Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN telah digarap hasil daripada perbincangan dan perundingan setiap pasukan
projek CAP yang telah dilantik, dengan pihak institusi pengajian tinggi awam, politeknik dan kolej komuniti,
bersama-sama dengan pihak pemegang taruh lain yang berkaitan, seperti pihak industri, untuk memastikan
berlakunya pemfokusan kepada semua agenda yang telah ditetapkan.
Pelan Tindakan yang digubal bagi pelaksanaan Fasa 2 adalah berlandaskan pencapaian setiap CAP bagi
pelaksanaan pada Fasa 1 dan berfokuskan kepada objektif PSPTN seperti yang termaktub dalam dokumen
“Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020”
. Hasil daripada rujukan kepada kedua-
dua sumber tersebut, setiap sekretariat CAP telah membentangkan “Perancangan Fasa 2 PSPTN” bagi CAP
berkaitan dalamMesyuarat Jawatankuasa Pemandu PSPTN yang telah dipengerusikan oleh Menteri Pengajian
Tinggi, untuk perbincangan dan cadangan penambahbaikan. Pembentukan Pelan ini juga telah mengambil
kira dasar-dasar kerajaan terkini, dengan rujukan khusus dibuat kepada dokumen berikut:
•
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10)
•
Model Baharu Ekonomi Untuk Malaysia
•
Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP)
•
Program Transformasi Ekonomi (ETP): Hala Tuju untuk Malaysia