

19
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
Kesemua 18 Pasukan Projek CAP memainkan peranan untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang menyumbang
kepada peningkatan kualiti institusi pengajian tinggi Negara, ke arah menjadi setanding dengan institusi
tersohor dunia. Pendekatan yang diambil adalah melalui penghalusan aspek-aspek objektif strategik,
pencetus transformasi dan kualiti pencapaian, berdasarkan pelan Fasa 1 dan pencapaian yang berkaitan.
CAP dalam kategori ini menyokong usaha yang dilaksanakan oleh pasukan projek lima CAP tonggak institusi
(seperti di muka surat 18).
PROJEK AGENDA KRITIKAL
(Critical Agenda Project; CAP)
PROJEK AGENDA KRITIKAL
TADBIR URUS
Pengenalan
Pemantapan struktur tadbir urus Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah asas penting kepada pemerkasaan
Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang merupakan Teras Ke - 4 dalam PSPTN. CAP Tadbir Urus adalah salah
satu agenda yang tersenarai bagi mencapai objektif seperti berikut:
•
memperkasakan tadbir urus IPTA supaya setanding dengan IPT terkemuka dunia;
•
memperkasakan pengurusan institusi yang berkesan dan berintegriti supaya memberi
rangsangan yang sesuai untuk suasana pembelajaran; dan
•
menggalakkan IPTA bergerak ke arah sistem tadbir urus berautonomi seperti tadbir urus,
kewangan dan penjanaan kekayaan, sumber manusia dan pengurusan akademik.
Pasukan Projek CAP Tadbir Urus telah diberi peranan berganding dengan Kementerian dalam usaha
memperkasakan institusi pengajian tinggi negara. Pelbagai aspek yang antaranya integriti, akauntabiliti,
good governance
, autonomi, dan lain-lain telah diterokai oleh Pasukan Projek CAP Tadbir Urus dalam usaha
memperkasakan tadbir urus di IPTA bagi memastikan ia dapat berkembang seiring dengan perkembangan
universiti terkemuka dunia. Autonomi merupakan suatu perkara yang menarik perhatian banyak pihak dan
telah dinyatakan merupakan elemen yang penting dalammemastikan sesebuah Institusi dapat lebih berdaya
saing, kreatif dan fleksibel dalam sistem pengurusannya. Malahan autonomi boleh dianggap sebagai satu
instrumen penting yang boleh memacu IPTA ke arah kecemerlangan.