Table of Contents Table of Contents
Previous Page  51 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 51 / 180 Next Page
Page Background

21

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Rumusan Status Fasa 1

Secara keseluruhan instrumen

Code of University Good Governance

(CUGG),

University Good Governance

Index

(UGGI) dan dokumen

Guide For Preparing and Conducting an Audit to Determine the Readiness for

Autonomy

telah selesai dibangunkan dan didokumenkan pada tahun 2010. Keberkesanan instrumen akan

diuji melalui audit rintis yang akan dijalankan di tiga buah IPTA iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti

Sains Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia pada Mac 2011.

Hasrat CAP Tadbir Urus dan Kementerian membina instrumen bagi mengukur kesediaan sistem tadbir urus di

IPTA, adalah bagi memastikan autonomi yang dilaksanakan oleh IPTA akan memberi keuntungan kepada

Kerajaan, IPTA dan rakyat. Usaha ini bukanlah mudah kerana kita berdepan dengan isu-isu pelaksanaan

seperti berikut:

audit yang dilaksanakan adalah dalam suasana sudah terdapat terlalu banyak audit;

instrumen ini dibina dengan andaian bahawa

good governance

dalam sektor korporat boleh

diguna di institusi pengajian tinggi;

mendapatkan kefahaman daripada IPTA mengenai keperluan mengukur sistem dalaman

bagi menilai tahap kesediaan sistem tadbir urus dalam melaksana autonomi;

mendapat sokongan dan kefahaman daripada Agensi Pusat bahawa instrumen ini berupaya

mengukur sistem tadbir urus IPTA bagi memastikan integriti, kebertanggungjawaban dan

akauntabiliti dilaksanakan;

perbezaan antara IPTA dan Kerajaan dalam pentakrifan autonomi merupakan suatu perkara

yang perlu diurus dengan bijak. Terdapat kecenderungan di kalangan IPTA menyamakan

konteks autonomi kita dengan barat kerana ia menarik,

fashionable

dan terkini. Manakala

mendefinisi autonomi dalam konteks sistem tabungan Kerajaan atau

government funding

merupakan suatu perkara hal yang amat mencabar kerana ia tidak selari dengan amalan

hubungan Kerajaan dengan universiti di negara di mana sistem pendidikan tingginya sudah

matang;

autonomi sering juga difahami oleh universiti dan ahli akademiknya sebagai kebebasan

untuk mengguna geran demi kebaikan dunia akademik; yang mana yang terbaik dalam

dunia akademik berkemungkinan tidak efisien; dan

universiti tidak memahami bahawa sebagai universiti awam apa yang dilakukan tetap

mempunyai implikasi kepada Kerajaan dan rakyat. Kepentingan Kerajaan dan negara perlu

dijaga setiap masa.