Table of Contents Table of Contents
Previous Page  57 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 57 / 180 Next Page
Page Background

27

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Tumpuan Fasa 2

Fasa 2 CAP Kepemimpinan memberi tumpuan kepada mekanisme pengenalpastian, penggubalan kriteria,

penentuan piawaian, pengukuran, penilaian dan pengurusan pelan penggantian dan kelompok bakat bagi

menyediakan bakal pelapis untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan kepemimpinan IPT. Tumpuan

ini adalah selaras dengan hasrat untuk melahirkan kepemimpinan unggul dalam kalangan staf akademik dan

bukan akademik ke arah menghasilkan masyarakat berinovasi dan berpendapatan tinggi.

Antara beberapa faktor kritikal kejayaan dalam pelaksanaan CAP ialah:

Infrastruktur-AKePT

CAP Kepemimpinan mempunyai pembangunan infrastruktur yang berpotensi besar dengan

tertubuhnya kampus AKePT di Bandar Enstek, Nilai. Kemudahan pentadbiran, latihan

dan penginapan peserta disediakan untuk memudahkan pelaksanaan program

kepemimpinan yang direncanakan. Kekangan kewangan, masa, tempat dan pengurusan

telah dapat diminimumkan dengan terbinanya kemudahan latihan kepemimpinan tersebut.

Sumber- kelompok bakat

Kementerian memainkan peranan utama dalam menyokong agenda transformasi IPT ini

melalui pelaksanaan PSPTN yang mana CAP Kepemimpinan merupakan salah satu daripada

Projek Agenda Kritikal PSPTN. Justeru itu, AKePT menjadi saluran utama Kementerian untuk

menggerakkan pembangunan modal insan yang cemerlang ke arah menghasilkan

masyarakat berinovasi dan berpendapatan tinggi.

Usaha tenaga pakar yang berpengalaman dan tersohor dari seluruh IPT digembleng untuk

menjayakan program-program pembangunan CAP Kepemimpinan. Serentak dengan

itu, golongan pakar ini akan menyumbang dari segi pembangunan perubahan minda dan

pemerkasaan kepemimpinan dan khidmat rundingan mengikut bidang tertentu kepada

golongan pelapis akademia dan tadbir urus.

Bakat-bakat yang dijana mampu menyumbang dalam usaha merealisasikan agenda

transformasi IPT melalui kolaborasi pada peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa.

Pembentukan kelompok bakat ini juga bakal merangsang perkongsian ilmu merentasi IPT.