

30
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
Kecemerlanganahli akademikmerupakan keperluanpentingdalammenjayakanPSPTN. Akademikberbudaya
cemerlang merupakan matlamat akhir usaha memperkukuhkan kualiti pendidikan tinggi. Pembudayaan
dan pemantapan perlu dilihat sebagai proses pembangunan keupayaan individu akademik dan institusi
berbudaya cemerlang yang memberikan perhatian serius terhadap kecemerlangan semasa melaksanakan
urusan teras (pengajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat).
Proses pemantapan akademia yang dilakukan secara berterusan dapat mewujudkan lebih ramai ahli
akademik yang cemerlang yang akan turut membantu dalam mencapai wawasan negara untuk menjadi
hab yang menerajui pengajian tinggi di rantau Asia Pasifik.
Rumusan Status Fasa 1
Tiga penunjuk prestasi utama (KPI) telah ditetapkan dalam Fasa 1 pelaksanaan PSPTN bagi CAP Akademia
iaitu:
•
Mencari, memilih dan mengekalkan yang terbaik dengan meningkatkan lagi bilangan ahli
akademik asing yang cemerlang di IPT.
•
Menghargai ahli akademik yang hebat dan unggul dengan menambah bilangan ahli
akademik yang memberi perundingan dan kepakaran dalam aktiviti
‘think tank’
pada
peringkat kebangsaan/antarabangsa.
•
Menghargai ahli akademik yang unggul dengan memastikan setiap IPTA mengadakan Majlis
Penganugerahan dan Pengiktirafan Kecemerlangan Ahli Akademik setiap tahun.
Secara keseluruhannya, inisiatif yang dilaksanakan oleh CAP Akademia bagi PSPTN Fasa 1 telah mencapai
sasaran yang telah ditetapkan. Bilangan ahli akademik luar negara yang cemerlang serta ahli akademik yang
memberi perundingan dan kepakaran dalam aktiviti
‘think tank’
pada peringkat kebangsaan/antarabangsa
telah dapat dicapai dan melebihi sasaran yang telah ditetapkan bagi tahun 2010. Majlis Penganugerahan
dan Pengiktirafan Kecemerlangan Ahli Akademik telah dilaksanakan oleh setiap IPTA.
Tumpuan Fasa 2
Kepentingan CAP Akademia bagi menyokong gagasan Model Baharu Ekonomi (MBE) yang memberi
penekanan kepada
National Key Result Area
(NKRA) dan
National Key Economic Area
(NKEA) terletak kepada
usaha melestarikan pendidikan tinggi serta memantapkan ekosistem pendidikan. Akademia merupakan
tunjang kepada pengukuhan sistem pendidikan tinggi negara untuk mencapai matlamat Malaysia sebagai