

34
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
Selaras dengan Teras 2 PSPTN yang bertujuan untuk menambah baik kualiti pembelajaran dan pengajaran,
pasukan projek CAP Pembelajaran dan Pengajaran telah menetapkan lima objektif strategik seperti berikut:
•
Mempertingkatkan kualiti program akademik.
•
Memastikan atribut generik pelajar
(Generic Student Attributes-GSA)
dicapai.
•
Mempertingkatkan kualiti pensyarah dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dan
pengajaran.
•
Mempertingkatkan kualiti staf bukan akademik dalam melaksanakan aktiviti berkaitan
pembelajaran dan pengajaran.
•
Mempertingkatkan kualiti bagi kemudahan fizikal yang kondusif kepada proses pembelajaran
dan pengajaran yang efektif.
Rumusan Status Fasa 1
Enampetunjuk prestasi utama (KPI) telah ditetapkan dalampelaksanaan Fasa 1 PSPTN bagi CAP Pembelajaran
dan Pengajaran, iaitu:
•
Peratusan pelajar tahun akhir yang mencapai purata minimum 6 dalam sistem GSA (My3S).
•
Bilangan prasarana di setiap IPTA yang khusus untuk P&P berasaskan
Student Centred Learning
(SCL).
•
Bilangan pensyarah yang mempunyai kebolehan menggunakan sekurang-kurangnya satu
kaedah SCL.
•
Bilangan program yang menggunakan kaedah SCL.
•
Bilangan rekabentuk kurikulum berasaskan kepada Pembelajaran Berasaskan Hasil
(Outcome
Based Learning-OBE).
•
Bilangan staf bukan akademik menghadiri latihan yang berkaitan dengan P&P sekurang-
kurangnya dua hari bagi tujuh hari kursus.
Bagi Fasa 1, aktiviti-akitiviti yang telah dilaksanakan oleh kesemua 20 IPTA pada keseluruhannya telah
melangkaui sasaran yang ditetapkan oleh pasukan projek CAP Pembelajaran dan Pengajaran.
Tumpuan Fasa 2
YAB. Perdana Menteri Malaysia semasa membentangkan Model Baharu Ekonomi (MBE) pada 30 Mac 2010
telah menekankan keperluan sistem pendidikan dikaji semula secara berterusan dan ditambah baik bagi