Table of Contents Table of Contents
Previous Page  70 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 70 / 180 Next Page
Page Background

40

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Antara tindakan-tindakan yang diambil untuk mengatasi isu pelaksanaan adalah seperti berikut:

mengadakan sesi perbincangan secara berterusan melalui mesyuarat dan bengkel yang

melibatkan pelbagai pihak berkaitan seperti ahli panel pengkomersilan, pihak

Research

Management Centre

(RMC) IPT dan Pejabat Pengurusan Projek (PMO) Kementerian;

melaksanakan promosi pengkomersilan produk R&D IPT melalui pemilihan oleh Panel

Penasihat Pengkomersilan Produk;

melaksanakan program promosi bagi hasil R&D yang berpotensi melalui media cetak, media

elektronik dan pameran produk R&D IPTA;

mengadakan program

business matching

[contoh: PECIPTA] dan

value pitching

bersama

pihak antarabangsa seperti

Stanford Research Institute (SRI) International

dan panel industri

tempatan; dan

mengaruhkan kekuatan pembangunan sumber manusia supaya selaras dengan agenda

nasional dengan menggunakan kaedah seperti

Scival Spotlight

atau

Incites.

Tumpuan Fasa 2

Dalam RMKe-10, fokus CAP R&D adalah untuk memantapkan objektif bagi Fasa 1 dan melonjakkan tahap

penyelidikan Fasa 2 menerusi pendekatan:

menggalakkan minda perintis

(pioneer mindset)

dalam kalangan penyelidik ;

melakukan penyelidikan inovatif selaras dengan kehendak negara;

menterjemahkan penemuan fundamental ke arah menghasilkan produk atau teknologi

platform yang mampu dikomersialkan; dan

memperkayakan khazanah ilmu

(knowledge repository)

Untuk mengukuhkan Fasa 1, Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM741 juta kepada KPT bagi

meningkatkan lagi aktiviti R&D, terutamanya bagi projek penyelidikan fundamental di IPT. Kelulusan peruntukan

tersebut merangkumi tiga bahagian, iaitu Dana Penyelidikan Fundamental, tujuh platform Penyelidikan

Berimpak Tinggi dan Insentif Penyelidikan.

Dana penyelidikan fundamental dalam RMKe-10, iaitu dalam tempoh Fasa 1, telah meningkat melebihi

100% berbanding peruntukan yang diterima sebanyak RM200 juta dalam RMKe-9. Di bawah RMKe-10,

dana penyelidikan fundamental adalah dipecahkan kepada empat skim, iaitu Skim Geran Penyelidikan

Fundamental (FRGS), Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS), Skim Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS)