Table of Contents Table of Contents
Previous Page  72 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 72 / 180 Next Page
Page Background

42

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

RM47.5 juta dana penyelidikan dari pihak swasta dan antarabangsa;

RM300 juta Peruntukan Dana Penyelidikan Fundamental;

pengkomersilan sekurang-kurang 5% daripada semua usaha;

pengiktirafan enam UP; dan

peningkatan jumlah jurnal terbitan IPT yang diindekskan kepada 60, harta intelek 1,000,

penerbitan

(publication)

9,000 dan

cumulative citation

9,000.

Faktor budaya penyelidikan kompetitif yang beretika merupakan faktor kritikal terhadap kejayaan CAP

R&D. Budaya kecemerlangan penguasaan ilmu hasil penyelidikan boleh membantu peningkatan dana

penyelidikan fundamental dan antarabangsa serta swasta.

Penyelidikan fundamental di IPT telah melalui tiga fasa pembudayaan. Bermula tahun 2006 hingga 2008, ia

dikenali sebagai fasa meningkatkan budaya penyelidikan. Pada masa ini, penyelidik di IPT diberi pendedahan

dan peluang menjalankan penyelidikan fundamental. Dari tahun 2009 hingga 2010 dikenali sebagai fasa untuk

menanam kualiti penyelidikan. Peruntukan dana penyelidikan fundamental telah diperketat dengan memilih

projek penyelidikan yang benar-benar berkualiti dan memberi impak kepada negara. Bagi fasa yang ketiga

dari tahun 2011 hingga 2012, ia merujuk kepada mempromosikan kecemerlangan penyelidikan dengan cara

bekerjasama pada peringkat dalaman supaya mampu bersaing pada peringkat global

(work together to

compete outside)

.

Faktor kritikal seterusnya adalah berkaitan kurang pemahaman tentang strategi pengkomersilan hasil R&D

dalam kalangan penyelidik IPT. Selain itu, penyelidik lebih tertumpu kepada aktiviti penghasilan penerbitan

berbanding dengan pengkomersilan hasil R&D mereka. Bagi tahun 2011 dan 2012, lebih banyak pendedahan

akan dibuat tentang harta intelek dan penyelidikan kepada para penyelidik, ke arah peningkatan

pengkomersilan. Ini dibantu dengan adanya Geran PRGS yang akan memantapkan lagi sistem inovasi negara.

Dalam memastikan aktiviti penyelidikan berjalan dengan lancar, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya

sebanyak RM128 juta peruntukan mengurus disalurkan kepada UP setiap tahun.