Table of Contents Table of Contents
Previous Page  68 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 68 / 180 Next Page
Page Background

38

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

CAP R&D diwujudkan untuk:

memperbanyakkan kegiatan R&D IPT ke arah peningkatan hasil harta intelek dan produk

R&D yang mampu dikomersialkan;

menyumbang kepada pembentukan serta penemuan ilmu baru, kegiatan inovasi dan

kreativiti;

menghasilkan modal insan yang mempunyai

pioneer mindset

, kreatif, inovatif serta

berketerampilan supaya dapat menyumbangkan secara relevan kepada penjanaan

kekayaan negara dan kesejahteraan rakyat;

menghasilkan bilangan penyelidik yang hebat dalam penguasaan ilmu fundamental dan

menterjemahkannya selaras dengan kehendak negara; dan

melonjakkan keupayaan IPT dalam menjalankan penyelidikan dan menghasilkan output

penyelidikan yang mampu bersaing pada peringkat serantau.

Kejayaan R&D dilihat sebagai sangat kritikal ke arah peningkatan kualiti pengajian tinggi berdasarkan tiga

faktor berikut:

untuk menghasilkan harta intelek dan hasil pengkomersilan yang diperlukan bagi memacu

negara keperingkat lebih tinggi dalam rangkaian nilai tambahglobal dan mewujudkan peluang

pekerjaan baru;

untuk mencipta dan menyebar ilmu dan menterjemahkan ilmu kepada

produk yang dihayati

dan boleh dikira

(tangible)

dan

tidak dihayati dan tidak boleh dikira seperti nilai-nilai murni

(intangible product)

bagi membolehkan Malaysia menjadi hab pengajian tinggi yang unggul;

dan

untuk membangunkan modal insan yang diperlukan bagi mempergiatkan lagi aktiviti inovasi

dalam semua sektor ekonomi negara secara berterusan.

Rumusan Status Fasa 1

Di bawah RMKe-9, Dana Penyelidikan Fundamental yang asalnya berjumlah sebanyak RM200 juta telah

diberikan peruntukan tambahan sebanyak RM115 juta pada tahun 2010 yang menjadikan jumlah keseluruhan

yang baru sebanyak RM315 juta. Penambahan ini membenarkan aktiviti penyelidikan dijalankan pada peringkat

IPT dengan lebih giat lagi. Ketika ini, penyelidikan fundamental melibatkan kesemua 20 Institut Pengajian Tinggi

Awam (IPTA). Selain itu, ia turut melibatkan 40 buah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan lima buah

Universiti Cawangan di Malaysia.