Table of Contents Table of Contents
Previous Page  71 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 71 / 180 Next Page
Page Background

41

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

dan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS). Tujuh platform Penyelidikan Berimpak Tinggi

pula adalah merangkumi bidang tujahan atau

niche

yang menggembleng kepakaran serta menggalakkan

kolaborasi di antara IPT, seperti berikut:

pemanasan gobal

(global warming);

penyakit berjangkit

(infectious disease);

perubatan tropika

(tropical medicine);

keselamatan tenaga dan air

(water and energy security);

kecukupan makanan

(food security);

teknologi informasi dan komunikasi

(Information and Communication Technology-ICT)

; dan

pembuatan termaju dan nilai tambah

(advanced and value added manufacturing)

.

Selain tujuh bidang tujahan di atas, bidang tenaga diperbaharui dan penjimatan tenaga juga akan diberikan

perhatian memandangkan kedua-dua bidang ini menjadi antara agenda penting Kerajaan dalam RMKe-10.

Dalam bulan April 2011, kedua-dua Rang Undang-Undang Tenaga Diperbaharui Dan Penjimatan Tenaga telah

dibentangkan di Parlimen.

Bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan dan penambahan dana dari luar (antarabangsa dan swasta),

insentif penyelidikan patut diwujudkan bagi kumpulan penyelidik dan penyelidik. Selain itu, penambahan dana

penyelidikan fundamental serta insentif penyelidikan dijangka akan membantu ke arah mencapai sasaran

yang ditetapkan bagi Fasa 2.

Seterusnya, terdapat keperluan supaya aktiviti berkaitan pengkomersilan hasil R&D yang merangkumi aspek

promosi melalui media elektronik, media cetak dan pameran dipergiatkan lagi. Aktiviti promosi atau pameran

yang menyediakan peluang

business matching

antara pihak universiti dan industri perlu dipergiatkan.

Penggunaan khidmat rundingan dari agensi luar seperti SRI International, sebagai contoh, untuk mendidik

penyelidik tempatan tentang strategi pengkomersilan hasil R&D IPT boleh dipertimbangkan.

Dari segi pencapaian UP pula, semua UP yang terlibat akan dipantau secara berkala berdasarkan laporan

perbelanjaan ke atas dana yang telah diperuntukkan serta laporan impak dan pembentangan ke atas

pencapaian kelima-lima UP.

Dalam pada itu, kesejahteraan negara dalam RMKe-10 yang dipacu oleh modal insan berminda perintis

di IPT serta penghasilan inovasi dalam kegiatan R&D boleh merealisasikan Model Baharu Ekonomi dengan

keberhasilan berikut: