

26
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
Rumusan Status Fasa 1
Dalam Fasa 1(2007-2010), CAP Kepemimpinan menumpukan kepada empat Objektif Strategik (OS) dan lima
Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Fasa 1 menumpukan kepada latihan ke arah membentuk kelompok bakat
dan pelan penggantian kepemimpinan akademik dan tadbir urus, pembelajaran dan pengajaran serta
penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan. Penggubalan OS dan KPI pada Fasa 1 ini lebih menjurus ke arah
pengukuhan organisasi AKePT.
Secara keseluruhannya, CAP Kepemimpinan telah mencapai KPI yang ditetapkan pada Fasa 1. Pencapaian
CAP Kepemimpinan dapat dirumuskan seperti yang berikut:
•
40% pemimpin IPT telah menjalani program latihan mengikut kerangka kepemimpinan AKePT;
•
12 IPTA mempunyai pelan penggantian;
•
17% daripada 210 pemimpin IPT telah diprofail. Kelompok yang diprofail pada tahun 2010
adalah daripada kalangan dekan ;
•
78% daripada 1,035 Jurulatih Utama telah dilatih dalammodul pembelajaran dan pengajaran
AKePT; dan
•
441 orang penyelidik utama telah dilatih dalam bidang penyelidikan, inovasi dan
pengkomersilan.
Terdapat keperluan untuk menilai semula konsep kepemimpinan agar lebih menyeluruh dan merangkumi
pelbagai aspek pelan penggantian dan kelompok bakat seperti mekanisme pengenalpastian, penggubalan
kriteria, penentuan piawaian, pengukuran, penilaian dan pengurusan.
Selaku penggerak strategik, AKePT akan menjayakan agenda pemerkasaan pengajian tinggi dengan
melaksanakan program-program yang akan mengukuhkan minda dan kemahiran pemimpin dan bakal
pemimpin pada semua peringkat yang pada akhirnya menjadi agen perubahan di IPT.
Dalam menerajui agenda transformasi kepemimpinan IPT, AKePT berhasrat menjadi pusat rujuk dan
penanda aras dalam bidang kepemimpinan, pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan, inovasi
dan pengkomersilan dengan menghasilkan kursus-kursus kepemimpinan pengajian tinggi yang lebih
dinamik, progresif dan relevan. Pada masa yang sama, pihak IPT akan bersama-sama menyumbang ke arah
pemantapan kemahiran kepemimpinan akademia, tadbir urus dan pemimpin pelajar dalam mencapai
matlamat CAP Kepemimpinan.