Table of Contents Table of Contents
Previous Page  50 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 50 / 180 Next Page
Page Background

20

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Bagi memastikan elemen autonomi ini benar-benar dapat membawa sesebuah institusi ke arah

kecemerlangan, Pasukan Projek CAP Tadbir Urus dan Kementerian telah mengenal pasti bahawa aspek

good governance

amat penting bagi memastikan ia boleh berjaya. Pasukan Projek CAP telah merangka

strategi dan pelan tindakan bagi memastikan objektifnya dapat dilaksana pada peringkat Kementerian dan

IPTA.

Pasukan Projek CAP telah membina instrumen bagi mengukur sistem tadbir urus di IPTA. Melalui CAP empat

bidang iaitu Institusi Governan, Kewangan dan Penjanaan Pendapatan, Sumber Manusia dan Pengurusan

Akademik telah dikenal pasti sebagai bidang-bidang yang perlu diperkemas sistem tadbir urus kerana

ia melibatkan pengurusan sumber. Melalui CAP Tadbir Urus, Kementerian dan IPTA bekerjasama dalam

memastikan pengurusan sumber dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip asas seperti berikut:

amalan kebertanggungjawaban, ketelusan, akauntabiliti dan nilai serta kualiti bagi

perbelanjaan yang dikeluarkan

(value for money)

dalam semua urusan;

pemantapan sistem dan struktur tadbir urus, pewujudan peraturan yang jelas bagi mendukung

pelaksanaan autonomi dan memastikan wujudnya elemen

check and balance

serta

ketelusan;

pemakaian semua Pekeliling Perbendaharaan sebagai asas peraturan berkaitan pengurusan

kewangan dalaman, dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) adalah pihak berkuasa yang

mengambil alih peranan Perbendaharaan dalam memantau dan bertindak melindungi

kepentingan pelaburan kerajaan, di mana berkaitan;

pemakaian semua Pekeliling Perkhidmatan Awam sebagai asas peraturan berkaitan

pengurusan sumber manusia, dan Lembaga Pengarah Universiti adalah pihak berkuasa yang

menggantikan peranan Jabatan Perkhidmatan Awam, di mana berkaitan;

bebanan serta pendedahan kewangan Kerajaan hanya dihadkan kepada peruntukan

belanja mengurus tahunan dan peruntukan pembangunan yang diluluskan Kerajaan

melainkan diputuskan sebaliknya oleh Kerajaan Pusat;

penjanaan pendapatan oleh IPTA hendaklah mengutamakan dan memastikan perlindungan

serta

(insulate and protect)

kepentingan Universiti dan Kerajaan;

skim saraan berasingan, jika perlu diwujudkan oleh IPTA berasaskan peruntukan Akta Universiti

dan Kolej Universiti yang berkuat kuasa, hendaklah berasaskan prinsip kesaksamaan,

kelestarian dan tidak langsung membebankan Kerajaan; dan

tindakan tegas mengikut peruntukan tatatertib semasa seperti surcaj, turun pangkat, buang

kerja dan yang berkaitan boleh diambil terhadap pegawai dan kakitangan IPTA yang gagal

mematuhi tatacara dan peraturan serta cuai semasa melaksanakan tugas.