Table of Contents Table of Contents
Previous Page  35 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 35 / 180 Next Page
Page Background

5

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Kata Alu-Aluan

Ketua Setiausaha

Fasa 1 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) telah meletakkan asas

yang kukuh untuk warga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengorak langkah ke

hadapan. Berpaksikan tujuh teras PSPTN, Pelan Tindakan Fasa 2, yang diterjemahkan

melalui projek-projek agenda kritikal (CAP), menjadi rujukan fokal dalam memastikan

pelaksanaan berlaku secara sistematik dan terancang.

Penekanan yang diletakkan kepada aspek kualiti dalam PSPTN bertujuan

memastikan bahawa inisiatif yang dilaksanakan memenuhi tuntutan negara untuk

meningkatkan kualiti modal insan yang diperlukan demi mencapai hasrat negara

berpendapatan tinggi. Justeru, kerjasama semua dalam berkongsi ilmu dan memberi komitmen yang tinggi

adalah amat diperlukan.

Pada masa yang sama, kepekaan kepada perkembangan pengajian tinggi global dan perubahan ekosistem

lain yang begitu dinamik, perlu dalam melaksanakan inisiatif yang dirancang. Untuk kejayaan Fasa ini, selain

daripada bertindak secara reaktif, kita perlu menggunakan keupayaan pengetahuan kita untuk bertindak

secara proaktif, bagi mencetuskan gagasan ilmu dan keberhasilan yang akan merevolusikan sektor pengajian

tinggi negara.

Akhir kata, ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan saya kepada semua pihak yang telah terlibat

dan begitu komited dalam memastikan Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN dapat direalisasikan.

Datuk Ab. Rahim Bin Md. Noor