

6
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
PENGENALAN
Pengajian Tinggi di Malaysia terus subur semenjak penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun
2004 dan isu-isu pengajian tinggi juga semakin mendapat perhatian segenap pihak mahupun media, rakyat
dan kerajaan. Kementerian telah memperkenalkan pelbagai polisi dan dasar untuk pemantapan pengajian
tinggi negara agar wujud ekosistem yang kondusif bagi menerajui kegemilangan ilmu. Ini juga seiring dengan
usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi serantau serta muncul sebagai pilihan utama
pelajar dan intelektual antarabangsa menjelang 2020.
Pelan Tindakan Fasa 2 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) ini akan terus memperkukuh dan
memperkasa sektor pengajian tinggi negara sepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi
tempoh 2011 – 2015. Sehingga akhir Januari 2011, terdapat 20 buah institusi pengajian tinggi awam, 27 buah
politeknik dan 72 buah kolej komuniti (termasuk kolej cawangan) yang sedang beroperasi. Pelaksanaan Pelan
Tindakan ini akan membolehkan peranan semua institusi dimantapkan lagi dari segi kualiti dengan menambah
nilai pengisian yang sedia ada. Fokus khusus diletakkan kepada aspek pembangunan prasarana intelektual,
sahsiah pelajar, kurikulum, penyelidikan, pembangunan dan inovasi serta mempertingkatkan penggunaan
teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran, termasuk melalui pembelajaran secara atas-talian
dan pengajian jarak-jauh.
Pelan Tindakan ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan dan pencapaian bagi projek-projek yang
ditetapkan, di IPT – universiti awam, politeknik dan kolej komuniti. Keterlibatan IPTS bagaimanapun wujud
melalui pelaksanaan dasar, usaha penjaminan kualiti, latihan kepemimpinan dan usaha-usaha yang
menyokong
Perkongsian Awam-Swasta (Private Public Partnerships)
di bawah RMKe-10. Adalah diharapkan
jurang perbezaan antara institusi pengajian tinggi awam dan institusi pengajian tinggi swasta dapat dikecilkan,
melalui inisiatif-inisiatif yang berlandaskan perkongsian ilmu dan sumber antara kedua-duanya. Jika institusi
pengajian tinggi awammelaksanakan transformasi melalui instrumen yang diwujudkan melalui PSPTN, peranan
institusi swasta akan digerakkan melalui inisiatif-inisiatif Program Transformasi Ekonomi (ETP). Walaupun terdapat
perbezaan entiti (awam dan swasta), pengharapan tentang penghasilan dan keberhasilan adalah sama,
iaitu untuk tujuan kemakmuran ekonomi dan sosial negara.
Aspirasi murni untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi amat bersandarkan kepada
ekonomi berasaskan inovasi, yang berlandaskan daya kreativiti dan pengetahuan peringkat tinggi. Atas dasar
itu, peningkatan keupayaan institusi pengajian tinggi negara, awam dan swasta, perlu sentiasa diusahakan
melalui pendekatan inovatif, yang berkemungkinan menuntut kebezaan dengan pendekatan konvensional.
Pada Fasa 2 PSPTN, penekanan diberi kepada usaha meningkatkan akses kepada pengajian tinggi, di mana