Table of Contents Table of Contents
Previous Page  34 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 34 / 180 Next Page
Page Background

4

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

Kata Alu-Aluan

Menteri Pengajian Tinggi

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya,

kita telah melepasi seterusnya menjayakan pelaksanaan Fasa 1 (2007-2010)

bagi Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), yang digubal untuk

mempertingkatkan kualiti modal insan melalui pemerkasaan pengajian tinggi

negara. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang begitu komited

menyumbang kepakaran, tenaga dan masa untuk memastikan kelancaran

pelaksanaan Fasa 1, yang berobjektifkan “Peletakan Asas” bagi kelancaran

pelaksanaan fasa-fasa PSPTN yang seterusnya.

Pengajian tinggi negara memainkan peranan yang amat penting dalam usaha mentransformasikan

Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi yang rakyatnya berdaya saing serta

berpemikiran inovatif. Justeru, satu landasan pengajian tinggi yang kukuh, mantap dan berkesan menjadi

satu imperatif. Pelan Tindakan Fasa 2 (2011 – 2015) menterjemahkan hala tuju pengajian tinggi negara

melalui garis panduan peningkatan dan pemerkasaan pelaksanaan Fasa 2 PSPTN. Pelaksanaan Fasa 2

ini juga akan memacu perjalanan kita dengan lebih mantap lagi ke arah menjadikan Malaysia sebagai

hab kecemerlangan pengajian tinggi melangkaui 2020. Fasa 2 PSPTN ini juga akan menggariskan langkah-

langkah untuk melonjakkan Malaysia ke peringkat global.

Kerjasama semua pihak dalam merealisasikan hasrat “peningkatan dan pemerkasaan” amat diperlukan.

Ikhtiar dan usaha kita melalui penggabungan kepakaran, pemikiran dan operasi akan membawa kita

kepada kejayaan negara yang akan memanfaatkan semua pihak untuk kemakmuran masa hadapan

negara.

Wassalam,

Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin