

7
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
tumpuan khusus diberikan kepada akses kepada program pascasiswazah, yang akan dinyatakan dengan
jelas dalam Halatuju Program Pascasiswazah setiap IPTA. Pertambahan bilangan pelajar pada peringkat ini
akan dapat menyumbang kepada pemerkasaan modal insan negara ke arah pengukuhan masyarakat
berpengetahuan
(knowledge society)
negara. Ini berdasarkan laporan UNESCO (2005:17) yang menyatakan
bahawa masyarakat berpengetahuan adalah
“… a society that is nurtured by its diversity and its capacities.”
Pertambahan akses kepada program pascasiswazah akan menyumbang kepada pertambahan aktiviti
penyelidikan, pembangunan dan inovasi, yangmempunyai kaitan yang rapat dengan pertumbuhan ekonomi
negara.
Penekanan pada Fasa ini juga diletakkan kepada peningkatan usaha dalam mengupayakan penyelidikan
dan pembangunan ke arah keberhasilan dalam bentuk inovasi dan pengkomersilan. Dalam hal ini, semua IPTA
perlu mempunyai halatuju atau
Roadmap
R&D masing-masing yang jelas, dan melaksanakan usaha-usaha
yang agresif dalam memastikan rantaian nilai penyelidikan-inovasi-pengkomersilan wujud dan diuruskan
secara berkesan. Keterbukaan semua pihak pelaksana dan pihak berkepentingan amatlah penting, kerana
keterbukaan inilah yang akan dapat menyumbang kepada penambahbaikan, yang akan seterusnya
membawa kepada peningkatan kualiti penyelidikan dan inovasi yang dilaksanakan dalam sektor pengajian
tinggi negara. Usaha – usaha yang dilaksanakan juga akan merealisasikan hasrat negara melihat universiti
menjadi hab inovasi negara. Dalam hal ini juga, kolaborasi yang kukuh dan pintar
(smart partnership)
antara
pihak IPT dan industri perlu diwujudkan, kerana kedua-dua entiti saling memerlukan antara satu dengan
lain dalam konteks pembangunan negara. Kolaborasi yang mantap perlu diwujudkan bukan sahaja untuk
pengukuhan aspek-aspek berkaitan pembelajaran dan pengajaran, tetapi juga supaya gabungan usaha oleh
kedua-dua pihak dapat mengurus pelbagai cabaran yang perlu ditangani ke arah mewujudkan persekitaran
yang mapan. Pada masa yang sama, komuniti harus boleh mendapat manfaat daripada pelbagai jenis
usaha kolaboratif antara akademia dan industri, untuk kesejahteraan sosio-ekonomi negara.
Penekanan kepada peningkatan kualiti modal insan yang dihasilkan dari inisiatif semua pihak adalah selari
dengan pegangan bahawa modal insan berinovasi adalah jentera utama yang akan memacu transformasi
negara; juga dinyatakan secara khusus dalam RMKe-10 dan Model Baharu Ekonomi. Dalam konteks ini, Pelan
Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif Peringkat Tertiari diwujudkan atas rasional untuk menggerakkan
ekonomi berasaskan inovasi, dengan modal insan sebagai penggerak utama. Di samping itu, keterlibatan
semua lapisan masyarakat dalam menggerak ekonomi negara, dilihat melalui pembelajaran berterusan,
yang jelas dinyatakan objektifnya dalam Pelan Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Pelaksanaan
Pelan ini akan membolehkan semua lapisan masyarakat memanfaatkan IPT yang terdapat di komuniti masing-
masing untuk tujuan peningkatan ilmu dan pemerolehan kelayakan yang lebih tinggi agar masyarakat
pekerja yang berilmu, lebih terlatih dan berkemahiran tinggi dapat dihasilkan. Selain itu, Pelan Tindakan ICT