Table of Contents Table of Contents
Previous Page  39 / 180 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 39 / 180 Next Page
Page Background

9

Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

dilaksanakan berdasarkan kriteria tertentu. Kecemerlangan pengajian tinggi walau bagaimanapun,

tidak akan didasarkan kepada sistem atau instrumen-instrumen

ranking

terkemuka dunia pada masa kini.

Kementerian Pengajian Tinggi tidak akan taksub kepada sistem

ranking

tersebut, memandangkan fokus

pengajian tinggi harus diberi kepada kepentingan keperluan Negara, yang tidak semestinya sama dengan

elemen-elemen yang menjadi kayu ukur dalam instrumen

ranking

yang digunakan. Justeru tiada sasaran

kedudukan akan dinyatakan dalam hal ini. Walau bagaimanapun, pemerhatian akan terus dilaksanakan ke

atas perkembangan sesetengah elemen yang digunakan dalam instrumen-instrumen tersebut, yang boleh

dimanfaatkan untuk tujuan penanda arasan.

Selari dengan usaha memakmurkan negara ke arah mencapai objektif negara berpendapatan tinggi,

Pelan Tindakan Fasa 2 meletakkan fokus kepada perkembangan bidang-bidang dan aspek-aspek

berkaitan. Keperluan meningkatkan bilangan pekerja mahir dan teknikal negara menuntut kepada tindakan

memperkukuhkan bidang pengajian berteraskan

Technical Education Vocational & Training (TEVT)

. Universiti-

universiti teknikal (MTUN), Politeknik dan Kolej Komuniti memainkan peranan yang amat penting dalam

memacu agenda ini, melalui pendekatan mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan vokasional,

yang akan melibatkan peningkatan akses, penambahbaikan program, kolaborasi intra dan antara institusi,

penawaran program baharu dan sebagainya. Bidang-bidang pengajian dan R&D yang selari dengan

keperluan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara

(NKEA)

wajar diberi fokus, kerana hasilnya bukan saja melonjak

sektor pengajian tinggi negara, tetapi juga akan dirasai oleh sektor ekonomi negara pada keseluruhannya.

Selain itu, Fasa 2 juga meletakkan fokus kepada usaha mengarusperdanakan pendidikan keusahawanan.

Objektif usaha ini adalah untuk meningkatkan daya keusahawanan di dalam kalangan semua pelajar,

yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ini berdasarkan idea bahawa kewujudan

budaya keusahawanan dan keterlibatan pelajar dalam budaya tersebut yang teguh, akan menghasilkan

kejayaan ekonomi dan sosial, bagi inidividu atau masyarakat pada peringkat tempatan, kebangsaan

mahupun global. Semua inisiatif yang dilaksanakan, bukan saja bagi CAP Keusahawanan, malah juga bagi

PSPTN keseluruhannya, adalah ke arah menjayakan matlamat

enterprising

Malaysia. Kejayaan tersebut akan

mengupayakan negara untuk mencapai objektif negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Walau apa pun bentuk aktiviti ’Peningkatan dan Pemerkasaan’ pengajian tinggi yang dilaksanakan, Pelan

Tindakan Fasa 2 memastikan aspek kualiti terjamin, melalui pendekatan dan mekanisme pengukuran yang

bersesuaian, samada pada peringkat kementerian, mahu pun pada peringkat institusi. Hasrat besar PSPTN

untuk meningkatkan modal insan negara dan menjadi hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa

mesti dicapai dalam konteks tiada kompromi terhadap kualiti.