

8
Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
juga akan digubal; yang memberi penekanan kepada ICT sebagai medium untuk menjayakan industri, dan
untuk pembangunan industri ICT itu sendiri. Pelaksanaan ketiga-tiga agenda ini pada peringkat KPT, yang
seiring dengan Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN, akan mewujudkan satu ekosistem sinergistik yang dinamik yang
mempunyai, dan mendatangkan nilai tambah yang penting dalam memastikan hasrat negara tercapai.
Malaysia berhasrat menjadi hab pengajian tinggi antarabangsa menjelang 2020. Dalam era di mana pengajian
tinggi adalah satu bentuk komoditi, hasrat ini perlu diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan yang efektif
oleh semua pihak, sama ada KPT sendiri selaku penggubal dasar dan IPT sebagai pihak pelaksana, supaya
perkhidmatan yang diberikan adalah bertaraf dunia. Keunggulan dan ketertampakan Malaysia sebagai
pembekal pengajian tinggi yang berkualiti menuntut usaha penambahbaikan dan penanda arasan yang
berterusan. Kedudukan Malaysia yang semakin dikenali sebagai negara pembekal pengajian tinggi yang
berkualiti perlu dipertingkatkan, kerana hasil yang diperoleh bukan terhad kepada pengaliran wang masuk
ke negara (contohnya penjanaan pendapatan), tetapi juga hasil berbentuk
intangible
, seperti perkongsian
ilmu dan peningkatan kepakaran. Program-program pengantarabangsaan perlu difokuskan kepada usaha-
usaha meletakkan Malaysia sebagai pemain global
(global player)
, di mana keterlibatan negara dalam hal
ini tidak terhad hanya kepada program pertukaran pelajar dan staf sahaja, tetapi program-program yang
memaksimakan kelebihan Malaysia dalam usaha-usaha kolaborasi dan memberi khidmat konsultasi pada
peringkat global. Melalui program pengantarabangsaan juga, sektor pengajian tinggi akan menekankan
kepada inisiatif diplomatik dalam usaha untuk berkongsi nilai-nilai Malaysia dengan serata dunia.
Kecemerlangan pengajian tinggi akan terus menjadi fokus utama Fasa 2 dan fasa-fasa seterusnya PSPTN,
dengan kedudukan masa kini sebanyak lima universiti penyelidikan dan sebuah universiti, USM (yang juga
adalah sebuah universiti penyelidikan), dalam projek Apex. Projek Apex akan tamat pada 2013, iaitu dalam
tempoh Fasa 2 PSPTN. Kejayaan dan keberhasilan projek tersebut akan dinilai pada waktu itu, manakala
prestasinya dipantau secara berkala sepanjang tempoh pelaksanaannya. Kelangsungan projek itu akan
ditetapkan berdasarkan dapatan penilaian dan persekitaran semasa pengajian tinggi, memandangkan
indikator kecemerlangan institusi kini juga wujud dalam bentuk universiti penyelidikan, yang semestinya akan
lebih mantap, dari segi kualiti dan juga kuantiti menjelang 2013. Inisiatif memantapkan sektor pengajian
tinggi negara akan menyaksikan pengiktirafan universiti penyelidikan yang berfokuskan bidang sains sosial,
berasaskan kepada kepercayaan bahawa kekuatan sesebuah negara bukan hanya pada kejayaan dalam
bidang sains dan teknologi, tetapi juga kepada keseimbangan yang wujud dengan aspek sains sosial. Adalah
dijangka berlaku penambahan dalam bilangan
Top Busines School
yang diiktiraf, berdasarkan kriteria yang
menekankan kepada kualiti yang ditandaaraskan dengan entiti terkemuka dunia. Sementara itu, pusat-
pusat kecemerlangan institusi pengajian tinggi (HICoE) sedia ada akan dinaik taraf kepada CoE kebangsaan,
serantau dan seterusnya mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa, di mana penilaian akan