

42
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2016
aktiviti dan pencapaian mahasiswa
PERSEMBAHAN TEATER LEFTENAN ADNAN:
PERISTIWA BUKIT CHANDU
Teater Lt Adnan Peristiwa Bukit Chandu
merupakan karya pertama Prof. Emeritus Dato’
Dr. Wan Hashim Bin Wan Teh dari 6 skrip teater
dan bangsawan yang beliau pernah hasilkan.
Pementasan pertama dipentaskan di tapak Pesta
Konvokesyen UKM pada 1998 disaksikan oleh Seri
Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung Tuanku
Jaafar selaku Caselor UKM. Setahun kemudian,
atas titah Tuanku Jaafar, teater ini dipentaskan
semula di perkarangan Istana Besar Seri Menanti.
Ketika itu, Seniman Jins Shamsuddin di jemput
sebagai pencerita memegang watak sebagai
sahabat karib kepada Lt Adnan yang terselamat
dalam serangan ke atas Bukit Chandu pada 14
Februari 1942. Kemudian ia dipentaskan buat kali
3 dalam bentuk Dekon iaitu Deklamasi Puisi dan
Lakon disaksikan oleh Seri Paduka Baginda Yang
DiPertuan Agong sekarang di Majlis Pelancaran
Yayasan Askar Melayu. Pada pementasan kali
ini juga, Jins Shamsuddin muncul memegang
watak Mejar Shamsuddin selaku sahabat karib Lt
Adnan. Pementasan kali yang 4 adalah selama dua
malam berturut-turut pada tahun lalu di Dewan
Tun Templer dan pementasan kali ke 5 dibuat
secara terbuka di Pavillion UPNM yang mendapat
sambutan hangat daripada warga kampus dan
universiti awam Malaysia.
Persembahan teater pada kali ini dikendalikan
oleh Unit Kebudayaan dan Kesenian, BHEPA,
UPNM dengan kerjasama Fakulti Pengajian dan
Pengurusan Pertahanan, UPNM. Melalui program
ini dapat mendidik pelajar-pelajar untuk menghargai
dan mengingati perjuangan wira negara yang telah
berkorban untuk mendapatkan kemerdekaan
negara. Selain daripada itu, persembahan teater ini
dapat menyuntik dan mempertingkatkan semangat
patriotisme di kalangan pelajar-pelajar dan warga
kampus UPNM melalui pentas budaya.
LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) ASRAMA
Latihanpencegahankebakarantelahdiadakanpada
19 Februari 2016 di Asrama Tuah dan merupakan
aktiviti anjuran Unit Pengurusan Asrama bersama
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP) UPNM. Latihan yang telah
mendapat kerjasam Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia (JPAM) Daerah Dang Wangi merupakan
latihan kali pertama diadakan yang melibatkan
penginapan asrama pelajar di UPNM. Penglibatan
pelajar Bakal Pengawai Kadet (BPK) dan Asrama
Tuah telah menjadi lokasi buat latihan yang julung
kali diadakan ini. Latihan telah dimulakan dengan
sesi taklimat yang memberi pendedahan awal
mengenai punca-punca berlakunya kebakaran
dan risiko yang dialami serta kaedah terbaik
menanganinya secara berseorangan mahupun
berkumpulan. Latihan pengosongan bangunan
dan kaedah menggunakan alat pemadam api
dengan cara yang betul telah diajar pada sesi
kedua selepas taklimat diberikan. Pelajar juga telah
diberi peluang mencuba dan mengalami sendiri
pengalaman menggunakan alat pemadam api dan
beberapa kaedah lain untuk memadamkan api.
Melalui latihan seumpama ini, kerjasama erat di
antara pihak UPNM dengan agensi-agensi luar
akan lebih terjalin erat di samping dapat berkongsi
ilmu serta pengetahuan yang ada.
Unit Pengurusan Asrama pula akan sentiasa
menyusun program dan aktiviti yang terbaik dari
semasa ke semasa.