Previous Page  41 / 140 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 41 / 140 Next Page
Page Background

40

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2016

aktiviti dan pencapaian mahasiswa

PENGANJURAN KEJOHANAN RAGBI 10 SEBELAH PIALA NAIB CANSELOR UNIVERSITI

PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA KALI KE-7 2016

Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Piala Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Kali Ke-7 2016

anjuran Pusat Sukan BHEPA, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah diadakan pada 14

hingga 16 Oktober 2016 bertempat di Padang Ragbi, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Kumpulan

sasaran bagi kejohanan ini adalah IPT dan kelab jemputan dari seluruh Malaysia. Hadiah yang ditawarkan

bagi kejohanan ini adalah berjumlah RM 10,000.00. Bagi Johan dan Naib Johan bagi Plate kategori IPT

dan Jemputan serta Bowl kategori IPT menerima trofi dan sijil penyertaan.

Kategori IPT telah disertai oleh 16 buah pasukan yang terdiri daripada 5 UA dan 9 IPTS termasuk 2 pasukan

dari UPNM. Bagi Kategori Jemputan sebanyak 8 pasukan kelab telah menyertai. Bagi acara penutup dan

penyampaian hadiah, Prof. Datuk Dr. Mohamed Fadzil bin Che Din, Timbalan Naib Canselor HEPA, Universiti

Pertahanan Nasional Malaysia yang mewakili Naib Canselor UPNM telah menyempurnakan majlis tersebut.

Berikut adalah keputusan kejohanan.

Johan Cup

Naib Johan Cup

Ketiga Cup

Keempat Cup

Johan Plate

Naib Johan Plate

Johan Bowl

Naib Johan Bowl

Universiti Putra Malaysia

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia A

Universiti Malaya

Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

British Malaysian Institute

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Universiti Kuala Lumpur IPROM

Kategori IPT

Johan Cup

Naib Johan Cup

Ketiga Cup

Keempat Cup

Johan Plate

Naib Johan Plate

NS Wanderers

RMAF Blackhawk

Serdang Angels

JLJ Diraja

DBKL Polis Bersatu

Gunners

Kategori Jemputan