Previous Page  42 / 140 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 42 / 140 Next Page
Page Background

41

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2016

aktiviti dan pencapaian mahasiswa

“WORLD CHAMPIONSHIPS POWERMAN

ZOFINGEN LONG DISTANCE DUATHLON”

Pada 2 September sehingga 4 September

2016 Kelab Sukan Lasak UPNM telah

mengambil bahagian dalam kejohanan WORLD

CHAMPIONSHIPS POWERMAN ZOFINGEN

LONG DISTANCE DUATHLON. Kejohanan ini

adalah acara duathlon yang terbahagi kepada

acara Classic (10 km berlari, 150 km berbasikal,

30km berlari). Pertandingan ini berlangsung di

Zofingen, Switzerland.

Pegawai Kadet Muhammad Syafiq Bin Rusli

berjaya mendapat tempat ke-3 bagi kategori Lelaki

Terbuka 20-24 tahun dalam pertandingan bertaraf

dunia tersebut.

Pencapaian Pegawai Kadet Muhammad Syafiq Bin

Rusli sebagai wakil UPNM dan ALK khasnya dan

Malaysia amnya menjadikan pertandingan kali ini

sebagai satu pengalaman dan pembelajaran untuk

meningkatkan prestasi dan kemahiran.

SUKAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

(SUKIPT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

(UTM) 2016

Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2016 telah

berlangsung pada 25 Januari hingga 5 Februari

2016 bertempat di Universiti Teknologi Malaysia

(UTM), Skudai, Johor Darul Takzim. Kejohanan ini

dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi

Malaysia dengan kerjasama Majlis-Majlis Sukan

IPT dan UTM selaku tuan rumah. Sukan Institusi

Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2016 kali ini dibahagikan

kepada 2 Fasa. Sebanyak 25 jenis sukan yang

dipertandingkan pada kejohanan kali ini. Namun,

Kontinjen UPNM hanya menyertai 4 jenis sukan

iaitu Boling Padang, Pencak Silat dan Taekwondo

bagi Fasa 1 (25 Januari hingga 2 Februari 2016)

manakala Olahraga bagi Fasa 2 (30 Januari hingga

4 Februari 2016).

Kontinjen UPNM terdiri daripada 21 orang atlet

lelaki dan 14 orang atlet wanita serta 14 orang

pegawai dan jurulatih terlibat pada kejohanan ini.

Kontinjen UPNM telah berjaya memungut 5 pingat

Emas dan 1 pingat Perak. Pingat-pingat tersebut

telah di sumbang oleh melalui sukan Boling Padang

(3 Emas), Pencak Silat (2 Emas) dan Taekwondo (1

Perak).

Boling Padang, Pencak Silat dan Taekwondo telah

menunjukkan prestasi yang membanggakan. Ini

adalah satu pencapaian yang amat baik walaupun

Kontinjen UPNM hanya menyertai 4 acara sukan

daripada 25 acara sukan yang dipertandingkan.

Ia juga masih boleh ditingkatkan jika lebih latihan

ditekankan. Namun, prestasi yang ditunjukkan

amat membanggakan dengan cabaran yang

diberikan kepada setiap pasukan lawan. Secara

keseluruhan UPNM telah berjaya menduduki

tempat ke-10 keseluruhan daripada 103 kontinjen

yang mengambil bahagian bagi Sukan Institusi

Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2016 di UTM.