

38
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2016
aktiviti dan pencapaian mahasiswa
pada 12 - 15 Februari 2016 yang lalu, bertempat
di UPNM. Pertandingan pada kali ini adalah
merupakan penganjuran kali yang ke-4 dan berjaya
mengumpulkan 36 pasukan daripada Universiti
Awam (UA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS), Institut Perguruan, dan Politeknik seluruh
Malaysia. Dengan membawakan mesej keamanan,
debat kali ini yang bertemakan ‘Mahasiswa
Menjulang Keamanan’ membawa mesej utamanya
dalam menegakkan keamanan, kesejahteraan dan
kedamaian dalam kalangan generasi muda. Justeru
itu, antara objektif utama adalah untuk memberi
pendedahan kepada mahasiswa tentang isu-isu
kritikal berkaitan keamanan dan keselamatan sejagat
di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Ruang perdebatan ini juga dlihat sebagai satu
platform yang sangat baik dalam mencanai idea,
pengetahuan, dan informasi terkini berkaitan isu
keamanan sejagat. Selain itu, ianya juga diadakan
adalah untuk menggalakkan golongan mahasiswa
ini berdebat serta memahami isu keamanan
secara mendalam sekaligus menyemai serta
memperkukuhkan semangat perpaduan yang akan
membawa kepada keamanan, perpaduan dan
kesejahteraan negara mahu pun di peringkat global.
Pertandingan Akhir Debat Keamanan pada kali
ini telah menyaksikan pertembungan 4 pasukan
daripada tiga Universiti Awam iaitu Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (Kumpulan A dan B),
Universiti Kebangsaan Malaysia (Kumpulan A), dan
Universiti Teknologi MARA (Kumpulan A). Tajuk usul
yang diperdebatkan pada malam pertandingan
akhir tersebut adalah ‘Dewan Ini Percaya Demi
keamanan Sejagat Kestabilan Politik Lebih Penting
daripada Kestabilan Ekonomi’. Pertandingan ini
telah dimenangi oleh UiTM B dan ianya merupakan
johan bertahan sejak 2013 dahulu.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan
oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin Tun
Hussein, Menteri Pertahanan Malaysia. Manakala
pengurusan tertinggi universiti yang turut hadir
adalah YBhg Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj. Zulkifli
bin Hj. Zainal Abidin, Naib Canselor UPNM, Prof
Datuk Dr Mohamed Fadzil bin Che Din, Timbalan
Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni,
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan
Debat Keamanan Antara IPT 2016 Piala Menteri
Pertahanan Malaysia, Prof. Dr. Tengku Mohd
bin Tengku Sembok, Timbalan Naib Canselor
(Akademik dan Antarabangsa), Dato’ Jesbil Singh
A/L Bahadur Singh, Penolong Naib Canselor
(Jaringan Industri dan Perhubungan Korporat), Kol.
Prof. Ir. Dr. Norazman bin Mohamad Nor, Penolong
Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), dan Brig.
Jen. Hj Mohd Adkaa bin Hj Solahuddin TUDM,
Komandan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
CAREER FAIR AND INTERNSHIP DAY 2016
Unit kaunseling Kerjaya dan Alumni telah
menganjurkan Career Fair & Internship 2016 pada 4
Mei 2016 bertempat di Dewan Pendekar. Program
ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada
pelajar-pelajar UPNM mencari peluang kerjaya dan
latihan industri. Selain itu, terdapat juga agensi
penguatkuasa yanghadir bagimemberi perkongsian
pengalaman kerjaya dan latihan industri. Antaranya
yang hadir ialah Polis Diraja Malaysia, Kementerian
Pertahanan Malaysia, Jabatan Pengangkutan
Jalan, Angkatan Pertahanan Awam, Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Perhilitan,
Bomba, Anggota RELA, Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan
Imigresen Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia.
Kehadiran agensi di
Career Fair & Internship 2016
memberi laluan alternatif kepada pelajar untuk
menjalani latihan industri.
Industri-industri yang terlibat sepanjang program
ini adalah dari Perodua, Muhibbah Engineering,
Human Capital Connection,
Gradmalaysia.Com,
Csv Management Services Sdn Bhd, Nzl Enterprise,