Previous Page  40 / 140 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 40 / 140 Next Page
Page Background

39

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2016

aktiviti dan pencapaian mahasiswa

Kidszania Kuala Lumpur, Graduan, Tan Chong

Motor Sdn Bhd, Deftech, Talentcorp, Jobhouse,

Honda, Jobtact Sdn Bhd, Godzilink Ayamas, Terato

Tech. Seramai 500 pelajar hadir ke program ini bagi

mendapatkan maklumat kerjaya yang melibatkan

pelbagai industri. Selain itu juga program ini ditaja

oleh Affin Bank.

Pelajar-pelajar yang hadir telah didedahkan dengan

pelbagai aktiviti melibatkan cara membuat resume

smart, Talk Kerjaya oleh Jobhouse, temuduga

secara terus,

Bank Resume

, dan

grooming

session.

Program ini telah memberi impak yang

positif kepada pelajar-pelajar UPNM dalam mencari

maklumat tentang industri dan kerjaya-kerjaya yang

sesuai dengan mereka.

PROJEK GERILA MELAYU FORCE 136 DALAM

PERANG DUNIA KE-2

Projek Gerila Melayu force 136 dalam Perang Dunia

ke-2 telah diadakan melalui dua (2) siri iaitu pada

30 September - 2 Oktober 2016 dan 7 Oktober

- 9 Oktober 2016 bertempat di Pulau Perhentian,

Kuala Lipis , Raub, Grik , Lenggong Dan Pantai

Morib. Projek ini dikendalikan oleh Unit Kebudayaan

dengan kerjasama FPPP.

Melalui projek ini dapat membantu UPNM

membentuk

Leaders Of Character

dalam kalangan

pelajar serta warga UPNM. Selain daripada itu,

projek ini turut menjejak kesan-kesan tinggalan

semasa penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Ianya

akan didokumentasikan dan akan dipersembahkan

pada peringkat universiti dan umum. Dalam masa

yang sama, ianya menanam semangat patriotisme

dalam diri warga UPNM khasnya pelajar dalam

menghayati keperitan pejuang-pejuang terdahulu

dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Projek ini turut mewujudkan rasa tanggungjawab

dan kesedaran dalam diri warga UPNM dalam

mempertahankan kedaulatan tanah air serta

memahami cabaran-cabaran mendatang terhadap

pertahanan negara serta mengeratkan hubungan

silaturahim di kalangan warga universiti dan mencari

peluang untuk berkongsi idea dalam pengalaman

yang berlainan. Secara tidak langsung pelajar dapat

mempraktikan pembelajaran mengenai penglibatan

pejuang melayu ketika penaklukan Jepun di Tanah

Melayu serta untuk memperkukuhkan kursus wajib

universiti tentang sejarah ketenteraan atau

military

history

.

“IRONMAN MALAYSIA, LANGKAWI”

Pada 9 November sehingga 13 November 2016

Kelab Sukan Lasak UPNM telah mengambil

bahagian dalam kejohanan IRONMAN MALAYSIA,

LANGKAWI. Kejohanan ini adalah acara triathlon

yang terbahagi kepada tiga disiplin yang perlu

dihabiskan dalam satu tempoh masa iaitui 3.8km

berenang, 180km berbasikal dan 42km berlari.

Pertandingan ini berlangsung di Pulau Langkawi,

Malaysia.

Keputusan yang diperolehi agak membanggakan

serta sangat baik, seperti berikut:

1. Norfazreen bin Sanusi - 13 jam 58 minit (No.14

Ages Ranking

)

2. Muhammad Syafiq bin Rusli - 14 jam 57 minit

(No.15

Ages Ranking

)

3. Ruth Ting Xian Xian - 15 jam 34 minit (No.4

Ages Ranking and New Record Malaysia for

Youngest Women Ironman Malaysia

)

Kelab Sukan Lasak menetapkan matlamat dan

sasaran untuk terus mengambil bahagian dalam

acara-acara triathlon serta Ironman Malaysia

sebagai kayu ukur kemampuan sendiri. Semoga

setiap pertandingan dan kejohanan yang disertai

akan dapat melahirkan pelumba-pelumba yang

lebih berketerampilan dari kalangan pegawai kadet

pada masa akan datang sekaligus mengharumkan

nama UPNM dan ALK.