Previous Page  38 / 140 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 38 / 140 Next Page
Page Background

37

Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

2016

aktiviti dan pencapaian mahasiswa

SOROTAN AKTIVITI

KECEMERLANGAN

KEBOLEHPASARAN

GRADUAN UPNM

Sebagai sebuah universiti yang berfokus

kepada bidang pertahanan dan keselamatan,

UPNM bergerak seiring dengan matlamat untuk

melahirkan graduan yang berfungsi dan mendapat

tempat dalam industri pekerjaan khususnya dalam

bidang tujahan utama.

Graduate Employability

atau

kebolehpasaran graduan merupakan satu bentuk

pencapaian universiti yang diukur berdasarkan

peratusan jumlah graduan yang berjaya mendapat

pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat

pengajian.

UPNM khususnya berusaha menghasilkan graduan

yang mendapat tempat dalam dunia pekerjaan

sama ada dalam agensi dan jabatan kerajaan atau

industri pekerjaan. Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan

Alumni melalui Unit Kaunseling Kerjaya dan Alumni

dan pihak fakulti pengajian adalah organisasi

penggerak utama dalam menyediakan pelbagai

aktiviti dan program bagi menyokong matlamat dan

dasar GE UPNM.

Pelbagai program Intervensi GE disediakan bagi

meningkatkan nilai tambah graduanUPNMdaripada

aspek kelayakan profesional, keterampilan diri dan

sahsiah bagi membantu pelajar-pelajar memperoleh

pekerjaan dan relevan dengan keperluan majikan

dalam pelbagai sektor melalui modul khas yang

dikenali sebagai

Career to Work UPNM

. Program

ini melibat 3 kumpulan utama pelajar iaitu kumpulan

starting school, middele school

dan

finishing school

.

Program yang dilaksanakan juga adalah bertujuan

bagi melengkapkan para graduan UPNM dengan

nilai tambah agar lebih

marketable

dan

employable

di dalam pasaran pekerjaan. Selain itu, pelbagai

kerjasama erat di antara universiti dan pihak industri

serta agensi kerajaan berjaya dilaksanakan bagi

mencapai hasrat dan matlamat tersebut.

Antara program yang dilaksanakan meliputi

Program

University To Work siri Talk Industri,

Career Fair & Internship Day

, Hari Kerjaya Agensi

Penguatkuasa, Forum Kerjaya Penguatkuasa,

Bengkel Penulisan

Resume

,

Starting School, Boot

Camp Workshop, Grooming Programme, Industry

Visit, Industry Talk, Ceo Talk, Mock interview

dan

dalam waktu yang sama sentiasa mengadakan

hubungan strategik kerjaya yang melibatkan

industri antaranya Talentcorp Malaysia, Graduan

Aspire, Career Cube Malaysia dan Jobs Malaysia

dan pelbagai agensi yang lain.

UPNMberadadilandasan terbaikdalammemastikan

pelajar-pelajar mereka dilengkapi dengan pelbagai

kemahiran yang amat bersesuaian dengan dunia

pekerjaan masa kini berdasarkan 6 atribut yang

diamalkan. Peningkatan peratusan kebolehpasaran

graduan UPNM mengikut tahun merupakan bukti

terbaik UPNM pengeluar graduan mahir yang

diperlukan industri dan agensi penguatkuasa.

PERTANDINGAN DEBAT KEAMANAN ANTARA

IPT 2016 PIALA MENTERI PERTAHANAN

NASIONAL MALAYSIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti

Pertahanan Nasional Malaysia dengan kerjasama

Kementerian Pertahanan Malaysia dan Majlis

Debat Universiti-universiti Malaysia (MADUM) telah

menganjurkan Pertandingan Debat Keamanan

Antara IPT 2016 Piala Menteri Pertahanan Malaysia