

48
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2016
ketenteraan
(b) Kebajikan Pegawai Kadet.
Pihak
batalion
juga
bertanggungjawab
dalam
menentukan kebajikan Pegawai
Kadet diurus dengan baik. Aduan
yang diterima dari batalion akan
disalurkan kepada pihak MK ALK
sebelum dibawa ke pengetahuan
Komandan.
Setiap
bulan
batalion mengadakan mesyuarat
kebajikan bagi mengutarakan isu
permasalahan semasa Pegawai
Kadet.
(2) Sistem
Pemegang
Pangkat.
Pemegang Pangkat Pegawai Kadet
terdiri dari seorang Pegawai Rendah
Kanan Briged yang mana merupakan
Ketua bagi semua Pegawai Kadet
ALK. Selain itu, di batalion terdapat
pemegang pangkat seperti Pegawai
Rendah Kanan (PRK), Pegawai
Rendah Muda (PRM), Kadet Sarjan
Mejar Rejiman (SMR), Kadet Sarjan
Mejar Kompeni (SMK), Kadet Sarjan
dan Kadet Koperal. Pemilihan
perjawatan baru Pegawai Kadet akan
dilaksanakan oleh MK BLK pada
setiap hujung Semester 2 pengajian
akademik. Pemegang Pangkat dipilih
melalui satu Lembaga Pemilihan
yang ditubuhkan oleh MK ALK. Ia
dipengerusikan oleh Komandan dan
dianggotai oleh Pengarah ALK, Ketua
Jurulatih, Ketua Bahagian P&PL,
Ketua Cawangan Jasmani dan semua
Ketua Batalion.
c. Perintah Bahagian Pertama (PERBAH
1) Pegawai Kadet.
PERBAH 1 Pegawai
Kadet dikeluarkan setiap hari oleh BLK
dan seterusnya akan diagihkan ke
setiap batalion. Pemantauan seterusnya
dilaksanakan oleh Jurulatih Bertugas setiap
batalion.
d. Rutin Harian.
Rutin harian Pegawai Kadet
dibahagi kepada 2 iaitu waktu akademik
dan latihan ketenteraan. Rutin harian
adalah seperti berikut:
(1) Waktu Akademik.
Waktu akademik
bagi Pegawai Kadet adalah pada
setiap Hari Isnin hingga Jumaat.
(2) Waktu Ketenteraan.
W a k t u
ketenteraan bermula Hari Jumaat
petang (TTS) hingga Hari Sabtu (LKU).
e. Rutin Harian Pegawai Kadet.
Rutin harian
Pegawai Kadet adalah seperti di Jadual 24
hingga 28.