

54
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2016
ketenteraan
Jadual 32: Penyata kekuatan Pegawai Kadet PALAPES
Lelaki
(c)
43
74
87
204
Peringkat
(b)
Senior
Intermediate
Junior
Bil.
(a)
1.
2.
3.
Jumlah
Perempuan
(d)
66
67
86
219
Jumlah
(f)
109
141
173
423
pegawai kadet atau hari ko-kurikulum IPT masing-masing bagi mencapai kehadiran
maksimum. Bagi membolehkan catuan percuma diberi, latihan yang dijalankan
hendaklah tidak kurang dari 10 jam dan permohonan latihan/kewangan hendaklah
dimajukan mengikut prosedur yang ditetapkan.
(b) Latihan Lanjutan/Berterusan (LL/LB).
PALAPES diberi tanggungjawab untuk
merancang Latihan Lanjutan/Berterusan bagi keperluan mengulangkaji pelajaran-
pelajaran yang memerlukan penekanan lanjut. Setiap latihan yang dijalankan hendaklah
tidak kurang dari 72 jam (3 hari).
(c) Latihan Khemah Tahunan (LKT).
LKT merupakan kemuncak bagi segala latihan yang
dijalankan setiap tahun. Di dalam latihan ini, semua pegawai kadet akan diuji dan dinilai
dalam aspek teori dan praktikal di atas apa jua pelajaran yang telah dipelajari. Penilaian
seragam akan dilaksanakan terhadap semua pegawai kadet di semua PALAPES IPT.
Semua pegawai kadet dikehendaki mengikut latihan berdasarkan latihan peringkat
masing-masing. Rancangan penilaian dan aktiviti LKT yang seragam bagi semua
PALAPES IPT adalah seperti yang ditetapkan oleh Team Penilai LKT yang dikendalikan
oleh MK Latihan TD.
(7) Latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS).
Latihan ini dilaksanakan setiap hari Jumaat mulai jam
1500 hingga 1800 bagi melengkapkan jam kredit untuk ditauliahkan. Latihan ini menjurus
kepada Tempur Tanpa Senjata (TTS). Ianya dilaksanakan dengan menjemput jurulatih dari
luar yang berkelayakan. Setiap Pegawai Kadet akan diuji bagi mempertingkatkan gred tali
pinggang mereka dari masa ke semasa. Objektif ini adalah untuk membolehkan mereka
mencapai gred tali pinggang hitam apabila ditauliahkan sebagai seorang Pegawai Tentera.
Penyata TTS bagi Tahun 2016 adalah seperti di Jadual 33.
Jadual 33: Penyata TTS Bagi Tahun 2016
Gred
(c)
9
8
6
6
5
5
Tahun
(b)
2015
2014
2013
2012
2011
Bil.
(a)
1.
2.
3.
4.
5.
Tali Pinggang
(d)
Putih
Kuning
Biru
Biru
Biru
Biru
Jumlah
(e)
475
401
431
287
87
102
Kekuatan
(f)
475
401
431
374
102
Catatan
(g)
287 x Peg Kdt Latihan Industri
Kejuruteraan
(8) UKA.
Ujian Kecergasan Asas (UKA) dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun iaitu Ujian Penggal
Pertama pada bulan Januari dan Ujian Penggal Kedua pada bulan Jun. Ujian-ujian tersebut
adalah seperti larian jarak 2.4km, bangun tubi, lompat jauh berdiri, lari ulang alik 4 x 10m dan
mendagu. Bagi lelaki markah lulus 19 markah dan perempuan 14 markah dari 25 markah
penuh.
(9) Ujian Renang.
Ujian renang dilaksanakan sekali setahun merangkumi berenang pada jarak
50mdanperapungan3minit. Bagi mereka yanggagal ujian ini latihan susulandibuat danmereka