

55
Laporan Tahunan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
2016
ketenteraan
Jadual 34: Latihan Jasmani bagi Staf dan Jurulatih ALK serta Sukan ALK
Minggu
(b)
Minggu Pertama
Minggu Kedua
Minggu Ketiga
Minggu Keempat
Aktiviti
(b)
Cross Country
Senamrobik
Bukit Besi
Latihan Jasmani
Bil.
(a)
1.
2.
3.
4.
Catatan
(d)
Dijalankan untuk semua Jurulatih dan Staf ALK
pada hari Selasa setiap minggu
akan diuji semula. Pada peringkat
awal, semua Pegawai Kadet akan diuji
kemampuan berenang. Seterusnya,
kumpulan yang tidak boleh berenang
atau mereka yang lemah akan diberi
latihan sehingga mencapai tahap yang
telah ditetapkan. Semua pegawai
kadet diwajibkan mengikuti latihan ini.
(10) BMI Pegawai Kadet.
Latihan intensif
telah direncana khas kepada Pegawai
Kadet yang mempunyai Body Mass
Index (BMI) melebihi kadar index 25
ke atas. Latihan ini dijalankan pada
setiap hari isnin hingga khamis mulai
jam 1730 hingga 1830.
(11) Latihan Jasmani Bagi Staf dan
Jurulatih ALK serta Sukan ALK.
Latihan Jasmani bagi semua staf dan
jurulatih ALK diadakan pada setiap
hari Selasa dan hari Rabu diadakan
hanya untuk staf ALK. Manakala
aktiviti sukan bagi semua jurulatih dan
staf ALK diadakan pada petang Rabu.
Jadual mingguan latihan jasmani
adalah seperti di Jadual 34.
4. Logistik.
a. Penginapan Pegawai Kadet.
Penginapan Pegawai Kadet pada tahun 2016 adalah seperti
berikut:
(1) Blok Jebat - Pegawai Kadet Lelaki Batalion Tuah dan Lekir.
(2) Blok Kasturi - Pegawai Kadet Lelaki Batalion Jebat dan Kasturi.
(3) Blok Tuah - Pegawai Kadet Lelaki Batalion Zulu dan Lekiu.
(4) Blok Srikandi - Pegawai Kadet Wanita Batalion Zulu, Tuah, Jebat, Kasturi dan Lekir.
(5) Blok Lekiu - Pegawai Kadet Wanita Batalion Lekiu.
b. Skala Pakaian Pegawai Kadet
. Sepanjang tahun 2016, terdapat 6 jenis pakaian Pegawai Kadet
mengikut skala yang telah ditetapkan. Pakaian tersebut adalah seperti berikut:
(1) Pakaian No 1 (Parade Jacket).
Pakaian ketika upacara Perbarisan Pentauliahan
Diraja.
(2) Pakaian No 3 (Darat, Laut dan Udara).
Pakaian ketika waktu kelas akademik dan latihan
kawad.
(3) Pakaian No 5 (Loreng).
Pakaian ketika latihan ketenteraan.
(
4) Pakaian Sukan.
Pakaian ketika waktu sukan.
(5) Baju Kebangsaan Hitam.
Pakaian ini dipakai ketika tahlil pada malam Jumaat dan majlis-
majlis agama yang lain.
c. Pakaian Lain.
Pakaian lain Pegawai Kadet adalah seperti berikut:
(1) Pakaian Outing.
Pakaian outing yang dipakai semasa Pegawai Kadet keluar daripada kem.
(2) Blazer.
Pakaian ini akan ditempah apabila Pegawai Kadet memulakan pengajian di UPNM.
Tempahan dibuat melalui batalion masing-masing.
(3) Pakaian Perkhidmatan untuk Laut dan Udara.
Perolehan dibuat secara berpusat di
Cawangan Kuartermaster. Walau bagaimanapun, pembelian turut dibuat bagi menampung
keperluan jika peruntukan dari KEMENTAH tidak mencukupi.